Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)

294

Every land has its own laws

Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya.

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung.

Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you.

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
earthn 1. (planet) bumi: the ~ revolves round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. material world, dunia, muka bumi: our life on this ~ is brief, hidup kita di dunia ini singkat sahaja; 3. ground, bumi: the plane nosedived and crashed to the ~, kapal terbang itu menjunam lalu terhempas ke bumi; 4. soil, tanah: to fill a pot with ~, mengisi pasu dgn tanah; 5. animal hole, lubang (tempat tinggal binatang); 6. (electr) litar bumi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
terrestrial2. of the earth, bumi: a ~ globe, glob bumi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
terrainn rupa bumi: a rocky ~ difficult for climbing, rupa bumi yg berbatu-batan sukar didaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tremor2. small earthquake, gegaran (bumi): there have been a few earth ~s here in recent times, kebelakangan ini, berlaku beberapa gegaran bumi di sini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground 1 n 1. land surface, tanah, bumi: the bomb hit the ~ and exploded, bom itu jatuh ke tanah lalu meletup; he was hanging from a tree branch and his feet didn’t touch the ~, dia tergantung di dahan pokok dan kakinya tdk mencecah bumi; ~ - to - air missile, luncuran bumi ke udara; above ~, permukaan /tanah, bumi/; below (the) ~, bawah tanah; 2. soil, earth, tanah: the ~ was too hard for him to dig, tanah itu terlalu keras utk digalinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
world~s apart, macam langit dgn bumi: the two are good friends, but they are ~s apart in age and experience, mereka berdua kawan baik tetapi mereka macam langit dgn bumi dr segi umur dan pengalaman; ~ without end, selama-lamanya; a /man, woman/ of the ~, /lelaki, wanita/ yg sudah banyak makan asam garam, orang yg banyak pengalamannya; /be all, mean/ the ~ to so., ialah segala-galanya bagi sso: his children mean all the ~ to him, anak-anaknya ialah segala-galanya bagi dia; bring into the ~, give birth to, melahirkan: she has brought ten children into the ~, dia telah melahirkan sepuluh orang anak; come into the ~, lahir; for all the ~ as /if, like, though/, (colloq) macamlah: she went on working for all the ~ as if everything was still the same, dia meneruskan kerjanya macamlah segala-galanya berjalan spt biasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soil 1 2. land, country, bumi: I’ve been abroad too long, it’s good to be back on Malaysian ~, saya berasa seronok pulang ke bumi Malaysia setelah berada begitu lama di luar negeri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
water-tablen level at and below which water can be found, aras air bumi: the long drought has lowered the ~, kemarau panjang telah menurunkan aras air bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surface adj 1. located or situated on the surface of the earth, permukaan bumi: ~ mining was started here many years ago, perlombongan permukaan bumi telah dimulakan di sini sejak bertahun-tahun yg lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perpendicularn (tech) garis /tegak lurus, serenjang/: the combination of tracery and simple ~ gives the Daya Bumi building a great air of lightness and delicacy, kombinasi ukiran kerawang dan garis tegak menampakkan bangunan Daya Bumi itu kelihatan ringan dan halus buatannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas