Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS BUMI

Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal

usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan

dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera

dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat

luas yang menggabungkan banyak bidang

pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi,

meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal.

UMUM 
ATMOSFERA

Atmosfera ialah udara yang menyelubungi bumi.

Ahli sains membahagikannya kepada empat

lapisan: troposfera , stratosfera , mesosfera , dan

termosfera . Lihat juga Bumi (Atmosfera bumi;

Perkembangan awal bumi; Mesosfera; Planet

(Atmosfera); Stratosfera; Termosfera; Troposfera;

Udara.

UMUM 
BUMI NADIR UMUM 
BUMI UMUM 
MUKA BUMI

Muka bumi, lapisan permukaan bumi yang nipis dan terdiri daripada tiga jenis bentuk muka bumi yang utama, iaitu gunung, dataran tinggi, dan tanah pamah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
KERAK BUMI

Kerak bumi, lapisan bumi yang paling luar dan paling nipis. Ia mewakili kurang daripada satu peratus isi padu bumi dan berbentuk seakan-akan cangkerang bagi sfera bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ZAMAN PLEISTOSEN

Zaman Pleistosen ialah tempoh zaman geologi

dalam sejarah bumi. Ramai ahli sains bumi percaya

zaman ini bermula lebih kurang dua juta tahun

yang lalu dan berakhir lebih kurang 10 000 tahun

lepas.

UMUM 
SEISMOLOGI

Seismologi ialah kajian tentang gelombang

seismik (gelombang kejutan) yang dihasilkan

oleh gempa bumi atau letupan. Ahli seismologi

mengkaji gelombang ini untuk mempelajari

gempa bumi dan struktur bumi. Seismologi

membentuk satu cabang geofizik, iaitu sains yang

menggunakan fizik untuk mengkaji bumi dan

atmosferanya.

UMUM 
MAGNET BUMI

Magnet bumi, merujuk kepada bumi sebagai satu magnet raksasa yang dikelilingi oleh satu medan magnet.

GEOGRAFI DAN GEOLOGITeori/Teorem/Hukum
STRATOSFERA

Stratosfera ialah suatu lapisan atmosfera bumi. Ia

terletak di atas troposfera, iaitu lapisan atmosfera

yang terdekat dengan bumi. Stratosfera bermula

lebih kurang 10 kilometer di atas permukaan bumi

di kawasan kutub dan lebih kurang 16 kilometer di

kawasan khatulistiwa. Sempadan atasnya yang

dikenali sebagai stratopaus, terletak pada ketinggian

lebih kurang 48 kilometer.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas