Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)

294

Every land has its own laws

Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya.

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung.

Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you.

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Majalah

Dewan Budaya » 2013 » August
another WordPress site • Hubungi Kami • Langganan • Ceritera Bulan Ini • Galeri • Gatra Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2013 » August 0 Comments “SYURGA DI BUMI” JIUZHAIGOU DAN HUANGLONG admin on August 2nd, 2013 Oleh Wang Jin Tanyalah sesiapa sahaja yang ingin melawat ke provinsi Sichuan, kedua-dua destinasi Jiuzhaigou dan Huanglong pasti merupakan destinasi dalam agenda lawatan mereka.Apakah keistimewaan dan tarikan kedua-dua tempat ini?Mengapakah Jiuzhaigou dan Huanglong dikenali sebagai “Syurga di Bumi”?Ikutilah catatan penulis yang berkunjung ke Jiuzhaigou dan Huanglong baru-baru ini. Jiuzhaigou terletak di daerah autonomi etnik Tibet dan Qiang Aba, kawasan barat provinsi Sichuan.Perkataan Jiuzhaigou bermaksud lembah
Dewan Budaya » 2015 » February
kemerdekaan negara dan kesannya dipaparkan? Mengapakah bersusah payah hendak mementaskan juga Bahaman padahal dengan lagu rakyat, Roslan sudah cukup makan? Mengapakah harus memenatkan diri hendak menghidupkan kembali semangat Bahaman di bumi Pahangnya? Mengapakah dia mengumpulkan tiga orang pelakon yang hebat dalam satu pementasan padahal jika di luar Kuala Lumpur, seorang pelakon terkenal sudah cukup untuk menarik minat penonton? Mengapakah dia bersusah kebernasan ini? Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Posted in: Uncategorized 0 Comments LAIN PADANG LAIN BELALANG admin on February 1st, 2015 Oleh: Nik Adzrieman Abd. Rahman Memilih bumi Inggeris untuk melanjutkan pelajaran merupakan tindakan yang bukan mudah apabila kita bukan hanya perlu memikirkan perihal perjalanan pelajaran, malah turut memikirkan wujudnya konsep silang budaya yang akan dilalui selama berada
Dewan Masyarakat | Serantau
Kebangsaan. Share Penerbitan bahan ilmiah yang betul-betul berkualiti adalah penting supaya aktiviti penyelidikan kita berada di landasan yang betul untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Share Selepas gempa bumi berlaku, semua stesen televisyen di Jepun membatalkan rancangan biasa, dan menyalurkan berita yang berkaitan dengan gempa bumi secara serentak. Akibatnya, penonton “dibanjiri” berita gempa bumi yang berlebihan tanpa memikirkan kesan negatif dari segi psikologi mangsa yang sedang dilanda krisis. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup
Dewan Masyarakat | “Menghormati” Gunung Kinabalu
Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia yang kedua di negara ini selepas Taman Negara Gunung Mulu. Di samping menghormati kepercayaan suku kaum Kadazandusun, gempa bumi yang berlaku di Sabah baru-baru ini juga perlu dilihat dari sudut saintifik. Tindakan peka dan pantas Jabatan Meteorologi Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains, serta Jabatan Ukur dan Pemetaan dituntut agar menyalurkan pemakluman dari masa ke masa berhubung dengan sebarang perubahan cuaca, ketinggian, atau rekahan aktif yang berlaku di kawasan yang terlibat. Hal ini dikatakan demikian kerana selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu, kumpulan penyelidik Geokejuruteraan dan Geobencana, Universiti Teknologi Malaysia, mendapati pantai timur Sabah dikesan terdedah dengan risiko gempa bumi akibat berlaku rekahan aktif yang bersifat dinamik dan
Dewan Budaya » 2013 » January
GUILIN DAN SUNGAI LI admin on January 3rd, 2013 Oleh Wang Jin Di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di kawasan barat daya China, terdapat sebuah kota yang tidak berapa besar. Bentuk bumi Karst istimewa, dengan sebatang sungai yang indah menjadikan kota ini sebagai tempat peranginan yang menarik dan terkenal di China. Kota ini ialah Guilin dan sungainya ialah Sungai Li. Kota Guilin
Dewan Budaya » 2015 » June
Rao yakni nama kini pekan Gopeng acap kali menuturkan cerita lisan saban malam bertingkah lidah berkisah seperti air mengalir berkisah seperti angin menderu bercerita tentang kayangan bercerita tentang pengembaraan dari bumi ke langit dari langit ke gunung dari bukit ke lurah dari Nusantara ke Eropah dari daratan ke pelabuhan luar biasa daya ingatan melebar plot, mengajuk dialog kisah bertukar menjadi hikayat
Dewan Masyarakat | Ulasan Buku
A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Kegoyahan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, ibarat menunggu rebahnya bahasa itu di bumi sendiri. Share Kreativiti merupakan elemen penting asalkan bijak menjaga hati mana-mana pihak dengan paparan yang lebih relevan. Share Ikuti wawancara bersama Ravichandran A/L Vadivellu, Timbalan Pengarah Unit Sewa
Dewan Budaya » 2013 » April
pada permukaan air tasik pada musim luruh, dan salji yang melitupi kawasan tasik pada musim sejuk. Tasik Barat Hangzhou mempunyai sejarah yang lama. Catatan paling awal terdapat dalam “Catatan Kaji Bumi” yang ditulis oleh Ban Gu pada zaman Dinasti Han Timur, iaitu pada tahun 25 Masihi hingga tahun 220 Masihi. Semenjak sekian lama tidak terbilang banyaknya sajak yang telah ditulis oleh Wilayah Asia Tenggara ini sangat unik dengan kepelbagaian bangsa, budaya, dan agama. Sebelum kedatangan penjajah, nama Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago menjadi magnet ekonomi kepada kuasa Barat disebabkan hasil mahsul bumi yang subur, hinggakan Tanah Melayu digelar Suvarnabumi. Penyatuan rumpun bangsa ini utuh hingga wujud istilah Nusantara.Sejarah mencatatkan keagungan kerajaan di wilayah sebelah sini, seperti kerajaan Langkasuka, Majapahit, Melaka, Pasai
Dewan Masyarakat | Media
bidang penerbitan dengan merencanakan segala usaha, strategi, dan inisiatif bagi memastikan penerbitan ilmiah mampu dipacu dan dimajukan sejajar dengan misi penerbit. Share Apabila Media Gagal Memainkan Peranannya … Media Selepas gempa bumi berlaku, semua stesen televisyen di Jepun membatalkan rancangan biasa, dan menyalurkan berita yang berkaitan dengan gempa bumi secara serentak. Akibatnya, penonton “dibanjiri” berita gempa bumi yang berlebihan tanpa memikirkan kesan negatif dari segi psikologi mangsa yang sedang dilanda krisis. Share Serangan Siber Luar Jangkaan Media Kini terbukti
Dewan Masyarakat | 2010 | November
Sungai yang dahulunya boleh diminum airnya sudah tidak selamat lagi sekarang. Pelbagai sampah sarap baik mudah dilihat terapung dibawa arus sungai. Share Dari sudut kepenggunaan, dianggarkan 20 peratus daripada warga bumi menggunakan 80 peratus daripada sumber alam. Majoritinya berada di negara maju dan sedang membangun, termasuk Malaysia. Share Kompleks membeli belah terkenal di kota Nairobi itu ditawan lebih 10 orang lelaki
Dewan Budaya » 2013 » October
Liang Yongning, berpendapat bahawa pembentukan Hutan Batu boleh dianggap sebagai hikayat geologi dunia. Menurut Yongning, lebih 270 juta tahun yang lampau, kawasan Hutan Batu merupakan kawasan lautan. Melalui gerakan kerak bumi, kawasan itu menjadi semakin tinggi, maka lautan bertukar menjadi daratan dan tanah datar menjadi gunung. *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2013. Posted in: Uncategorized 0 Comments usia dan menghadapi masalah fizikal pergerakan, namun syukur kepada Allah SWT kerana daya ingatannya masih kuat. Saya suka mendengar cerita nenek, pertama cerita susur galur keluarga kami yang bermula di bumi Hang Tuah dan kedua cerita semasa nenek berada di Singapura (pada tahun awal tahun 1950-an Melaka merupakan sebahagian Negeri-Negeri Selat selain Pulau Pinang dan Singapura, dan banyak orang
Dewan Masyarakat | Alam Sekitar
Sampah Masalah yang Tiada Noktah Alam Sekitar Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira dua kilogram sampah seorang sehari. Kira-kira 45 peratus daripadanya ialah makanan dan 25 peratus plastik. Share Dokumentari Bumi Alam Sekitar Dari sudut kepenggunaan, dianggarkan 20 peratus daripada warga bumi menggunakan 80 peratus daripada sumber alam. Majoritinya berada di negara maju dan sedang membangun, termasuk Malaysia. Share Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP • • • • • • • Selamatkan Nyawa
Dewan Budaya » 2014 » December
tradisi perubatan dan penyembuhan penyakit orang Bajau Kota Marudu. Hal ini disokong oleh wujudnya kepercayaan orang Bajau Kota Marudu bahawa Nabi Alias merupakan ketua dan penjaga segala tumbuhan di muka bumi ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika tumbuh-tumbuhan ini dikaitkan dengan perubatan yang bersifat spiritual yang menggunakan unsur ghaib daripada tumbuh-tumbuhan untuk perubatan, perlindungan dan keselamatan. Dalam tradisi lisan
Dewan Budaya » 2014 » July
pelibatan kefahaman agama tidak diketepikan, bahkan tidak kurang pula yang terbawa-bawa memuja alam semesta serta mengisinya dengan tafsiran tahyul yang dipaksakan kepada kosmologi melalui makna dan nilai tertentu. Misalnya, bumi dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pusat alam semesta, seperti dalam percaturan Ptolemy. Sehubungan dengan ini, pandangan Morris Berman, “The cosmos, in short, was a place of belonging. A member of dan Kristian turut mengangkat dan memperagakan ikon dan simbol agama terbabit. Dalam Islam, tidak terdapat tradisi mitologi, ikonografi, dan hagiografi kerana dalam Islam, tidak terdapat watak ilahiah yang turun ke bumi atau menyerupai perilaku manusia untuk memperlihatkan ketaatan terhadap agama. Memang makhluk ilahiah dipercaya ada, namun tidak pernah digambarkan untuk meneguhkan keimanan, seperti yang digambarkan oleh filem mitologi dalam tradisi India
Dewan Budaya » 2014 » August
itu perlu aman dan damai. Bagi mencapai hasrat negara yang aman dan damai, rakyat Malaysia wajib mengamalkan Rukun Negara secara tulus dan ikhlas. Oleh sebab itu, semua bangsa yang mendiami bumi Malaysia perlu memahami inti pati dan falsafah yang tersirat dalam Rukun Negara secara mendalam dan menyeluruh. Bagi mencapai hasrat ini, rakyat Malaysia perlu menghormati sensitiviti kaum dan bangsa tanpa menyentuh dan budaya kehidupan sesuatu masyarakat. Bahasa dianggap sebagai jambatan yang dapat menjadi alat perpaduan yang paling penting dalam menghubungkan pelbagai bangsa dan menjadi alat perpaduan antara kaum yang ada di bumi ini. Sebagai negara yang didiami oleh penduduk berbilang kaum, Malaysia menentukan keamanan dan kesejahteraan melalui perpaduan antara kaum yang amat kukuh. Tanpa perpaduan, tidak wujud kestabilan dan keutuhan negara menjadi
Dewan Budaya » Ceritera Bulan Ini
terlintas di fikirannya akan kemunculan bayangan wanita berkerudung biru lautdan berbaju kebaya rona birupekat di hadapan matanya.Kemunculan bayangan wanita itu sekali gus menggamit dirinya ke Sumatera Barat. Ingatannya pada bumi Minangkabau yangs udah ditinggalkan selama puluhan tahun, kini kembali dalam lipatan ingatannya, bertali-temali dengan rentetan sejarah hidupnya sebagai anak Minang. ***** Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7
Dewan Budaya » 2011 » December
dan yang mencetuskan satu kemungkinan dalam sejarah tanah Melaka. Karya ini melakarkan pewaris sebuah kesultanan yang telah sirna pada hakikatnya; pembaca dibawa mengintai ke alam mitos, namun tetap berpijak di bumi yang nyata. Karya ini mengisahkan pelbagai peristiwa sebenar yang dialami oleh Datuk Paduka Bendahara Raja Tun Seri Lanang ketika menulis karya besar Sejarah Melayu . Di penghujung kesaksian Tun Seri Lanang
Dewan Budaya » 2013 » May
hari kematiannya, dikatakan kepalanya menjadi gunung, nafasnya menjadi angin dan awan, suaranya halilintar, mata kirinya menjadi matahari, dan mata kanannya pula menjadi bulan. Janggutnya menjadi bintang, empat sendinya menjadi paksi bumi, darahnya bertukar menjadi sungai, badannya menjadi tanah, kulit dan rambut bertukar menjadi pokok dan tanaman, peluhnya menjadi hujan, tulang belakangnya menjadi permata dan mutiara. Begitulah gambaran “panhu” atau simbol bagi
Dewan Budaya » 2014 » April
masa selama lebih 2000 tahun yang lalu, pemerintah pelbagai dinasti di China masing-masing telah membina Tembok Besar, hingga panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Sebagai contoh, sewaktu pembinaan Tembok Besar pada zaman dinasti Ming (1368–1644), penggunaan batu dan bata mencatat 5000 meter padu, sementara tanah sebanyak 150 juta meter padu. Jika diturap menjadi jalan yang selebar 10 meter dan setebal 35 sentimeter, panjangnya mampu mencapai dua kali lingkaran bumi! Projek Tembok Besar memang sungguh megah. Jumlah pekerja yang membina Tembok Besar ini pun banyak sekali. Menurut catatan sejarah, selain 500 ribu orang askar, 1.5 juta orang pekerja juga
Dewan Budaya » 2015 » May
sebagai pemimpin yang disegani dan dijadikan sebagai suri teladan? Adakah sultan pada hari ini sudah mula berterus-terusan mengejar bulan dan bintang sehingga lupa rumput yang memasak begitu rapi di bumi? Semasa kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, kebanyakan rakyat Perak, baik yang menetap di negeri itu mahupun yang berada di luarnya, hiba dan sayu atas pemergian sultan yang cukup baik terhadap
Dewan Budaya » 2017 » January
bahasa kebangsaan. Kita mungkin percaya bahawa ada perkara lain yang sepatutnya turut diberi perhatian bagi menjawab semua persoalan yang berkaitan dengan nasib, maruah, pengaruh, dan masa depan bahasa kebangsaan di bumi bertuah ini. **** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Januari 2017. Posted in: Uncategorized 0 Comments Satu Hari di Kuala Kubu Bharu admin on January 2nd, 2017 Ahli politik
Dewan Budaya » 2018 » July
terlintas di fikirannya akan kemunculan bayangan wanita berkerudung biru lautdan berbaju kebaya rona birupekat di hadapan matanya.Kemunculan bayangan wanita itu sekali gus menggamit dirinya ke Sumatera Barat. Ingatannya pada bumi Minangkabau yangs udah ditinggalkan selama puluhan tahun, kini kembali dalam lipatan ingatannya, bertali-temali dengan rentetan sejarah hidupnya sebagai anak Minang. ***** Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7
Dewan Masyarakat | Mampukah MAS Terus Bertahan?
dalam Rencana Utama Salleh Majid Satu dalam 1000 dalam Kenangan Doktor Pelatih Dibuli? dalam Rencana Utama Ke Manakah Selepas 9 Julai? dalam Politik Cabaran Pengamal Perhubungan Awam dalam Media Dokumentari Bumi dalam Alam Sekitar Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik Editor ketika artikel ini ditu • Komen syafriyana daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik saya perlukan
Dewan Masyarakat | 2013 | Mac
dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Psikologi dan Psikososial Mempengaruhi Tingkah Laku Mengundi? dalam Kesihatan Doktor Pelatih Dibuli? dalam Rencana Utama Dokumentari Bumi dalam Alam Sekitar Cabaran Mencapai Tadbir Urus yang Baik dalam Sosial Keahlian Terus dan Masa Depan BN dalam Politik Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik
Dewan Budaya » Tradisi
tradisi perubatan dan penyembuhan penyakit orang Bajau Kota Marudu. Hal ini disokong oleh wujudnya kepercayaan orang Bajau Kota Marudu bahawa Nabi Alias merupakan ketua dan penjaga segala tumbuhan di muka bumi ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika tumbuh-tumbuhan ini dikaitkan dengan perubatan yang bersifat spiritual yang menggunakan unsur ghaib daripada tumbuh-tumbuhan untuk perubatan, perlindungan dan keselamatan. Dalam tradisi lisan
Dewan Budaya » 2012 » January
pantai sebelah barat Pulau Phuket. Tebing batu (yang lebih keras) berdiri tegak di tepi laut, air asinnya menggigit kalsium sehingga ada semacam skirt di kakinya. Gugusan Pulau Phuket menawarkan wajah bumi yang lain lagi, kepejalan tanah dicairkan dan diimbangkan oleh laut. Inilah tanah dan air – suatu kesatuan tanah air – pertiwi yang menawarkan dua bahagian wajah dan dirinya. ___ Rencana ini dipetik
Dewan Budaya » 2015 » March
awal kurun ke-15, populasi Melaka berkembang daripada 6000 orang pada tahun 1413 kepada 40 ribu hingga 50 ribu orang pada tahun 1510. Pada ketika itu, 84 bahasa dituturkan di bumi Melaka, kata Samuel S. Dhoraisingam dalam buku Peranakan Indians of Singapore and Melaka – Indian Babas and Nonyas – Chitty Melaka. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Mac 2015. Posted

Kembali ke atas