Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)

462

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Bunga yang harum itu ada juga durinya

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Demi citra bunga-bunga, Pesta Bunga melawat Malaysia, Suami tua lupa dirinya, Isteri tersenyum menyimpan rahsia.Pantun Melayu SARAWAKKasih
Bunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke mana lagi memetik bunga, Bunga sekaki sudahlah layu; Ke mana lagi adik bermanja, Kanda kunanti tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Niat hati menjaring rusa, Rusa sudah balik ke padang; Hajat hati menyunting bunga, Bunga sudah dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Macang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas