Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nga] | بوڠا

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)

462

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Bunga yang harum itu ada juga durinya

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heteroclinousheteroklinBiologiTiadaMempunyai bunga-bunga pistil pada jambak yang berbeza daripada bunga stamen. Sinonim: heterosefalus.
whorlsepusarBiologiTiada1. Pusingan berlingkar atau putaran pada cangkerang tunggal,. 2. Bulatan bunga-bunga, bahagian-bahagian bunga atau daun yang terbentuk pada satu titik
glomeruliferousberglomerulBiologiTiadaMempunyai bunga-bunga yang tersusun di dalam glomerul.
polygamouspoligamiBiologiTiada1. Mengeluarkan bunga-bunga jantan, betina dan hermafrodit pada pokok yang sama atau yang berlainan. 2. Mempunyai lebih daripada satu pasangan pada satu masa yang sama atau berkahwin lebih daripada satu.
perigynousperiginBiologiTiadaBerkaitan dengan bunga-bunga yang pudungnya berkembang menjadi satu struktur yang leper atau cekung antara tapak ginesium dengan bahagian pangkal periant dan stamen.
pleogamypleogamiBiologiTiadaKematangan dan pendebungaan bunga-bunga pada satu tumbuhan yang berlaku pada masa yang berlainan.
eutropouseutropBiologiTiada1. Merujuk kepada serangga yang hidup dengan mendapatkan madu daripada bunga-bunga yang tertentu sahaja.,2. Merujuk kepada bunga yang nektarnya hanya dapat diperoleh oleh sesetengah serangga sahaja.
ornithophilousornitofiliBiologiTiadaSukakan burung, merujuk kepada bunga-bunga yang didebungakan oleh burung-burung.
rhizanthousrizantusBiologiTiada1. Radisiflorus.,2. Mempunyai bunga-bunga yang terbentuk pada pangkal paling bawah batang, seakan-akan keluar daripada akar.
ornithophilyornitofiliBiologiTiadaKeadaan gemarkan burung, merujuk kepada bunga-bunga yang didebungakan oleh burung-burung.
12345678910...

Kembali ke atas