Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ha.ya] | چهاي

Definisi : 1 sesuatu (spt sinar matahari) yg dpt mewujudkan keadaan terang: ~ matahari. 2 kejernihan atau seri pd muka. 3 kilauan yg terdapat pd emas, intan, berlian dll. ~ mata a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. ~ muka a. air muka. b. seri pd muka. bercahaya 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. mencahayai memberi cahaya kpd; menerangi; menyinari: Bulan purnama ~ taman yg indah itu. mencahayakan 1 mengeluarkan cahaya; menyinarkan; memancarkan. 2 menjadikan bercahaya atau berkilat; mengilatkan: Batu berlian pd cincinnya dicuci utk ~nya. pencahaya­an 1 perihal, proses dsb mencahayai atau mencahayakan. 2 penggunaan peralatan atau perkakas bagi mengeluar­kan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi sesuatu pementasan, penggambaran dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.ha.ya] | چهاي

Definisi : 1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, mene­rangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau me­mancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadi­kan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan caha­ya yg sesuai bagi usaha pementasan atau peng­gambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cahaya

Puisi
 

Terang bulan dipancar cahaya,
     Budak-budak ramai bermain;
Kanda kupandang nampak cahaya,
     Hatiku tidak ke tempat lain.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Tembaga menunjukkan senam,
     besi menunjukkan karat,
keris menunjukkan pamur,
     manikam menunjukkan cahaya.

Bermaksud :

Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ام )mā­[bā­ehtesāb-e­mokhātab [( )بطام نودب( ام )mā­[bedūn-e­mokhātab [( )mā­ba‘d,­d īgar( رگيد ،دعب ام )māt­shodan ( ندش تام )mādar ( ردام )mādde,­zan ( نز ،ه ّ دام )mār( رام )mārmūlak ( کلومرام )māst( تسام )māsk( کسام )māshīn( يشام kita kami berikutnya, seterusnya menjadi kagum ibu, emak perempuan, wanita ular cicak dadih/yogurt topeng kereta we we ِ ن )negāresh,­neveshtan ( تشون ،شراگن تشون ،شراگن ىکبلعن Kamus Parsi.indb 144 5/18/11 9:02 AM 145 renung, tenung, tatap melihat pengawal, jaga pegang permata, manikam kelembapan sembahyang surau pertunjukan wakil kain lakan, sakhlan, kain jalinan garam bekas atau botol garam carta contoh, sampel, misalan baru, baharu )negāh­dūkhtan ( تخود هاگن )negāh­kardan ( ندرک هاگن )negahbān( نابهگن )negah

Kembali ke atas