Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ha.ya] | چهاي

Definisi : 1 sesuatu (spt sinar matahari) yg dpt mewujudkan keadaan terang: ~ matahari. 2 kejernihan atau seri pd muka. 3 kilauan yg terdapat pd emas, intan, berlian dll. ~ mata a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. ~ muka a. air muka. b. seri pd muka. bercahaya 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. mencahayai memberi cahaya kpd; menerangi; menyinari: Bulan purnama ~ taman yg indah itu. mencahayakan 1 mengeluarkan cahaya; menyinarkan; memancarkan. 2 menjadikan bercahaya atau berkilat; mengilatkan: Batu berlian pd cincinnya dicuci utk ~nya. pencahaya­an 1 perihal, proses dsb mencahayai atau mencahayakan. 2 penggunaan peralatan atau perkakas bagi mengeluar­kan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi sesuatu pementasan, penggambaran dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.ha.ya] | چهاي

Definisi : 1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, mene­rangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau me­mancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadi­kan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan caha­ya yg sesuai bagi usaha pementasan atau peng­gambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cahaya

Puisi
 

Terang bulan dipancar cahaya,
     Budak-budak ramai bermain;
Kanda kupandang nampak cahaya,
     Hatiku tidak ke tempat lain.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Tembaga menunjukkan senam,
     besi menunjukkan karat,
keris menunjukkan pamur,
     manikam menunjukkan cahaya.

Bermaksud :

Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
glimmern 1. flicker, faint glow, cahaya [sst] yg samar-samar; (of star, candle, etc) , /kerlipan, kerdipan/ cahaya [sst] yg samar-samar; (in negative constructions), /kerdipan, kerlipan/ cahaya: the ~ of dawn, cahaya fajar yg samar-samar; she saw the ~ of the lamp through the cracks in the wall, dia nampak kerdipan cahaya lampu yg samar-samar melalui rekahan pd dinding itu; there was not a ~ of light in the whole house, tdk ada langsung kerlipan cahaya di rumah itu; faint indication, sedikit: the latest development gave the hostages a ~ of hope, perkembangan terbaru memberikan harapan sedikit kpd tebusan-tebusan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
candle-lightn cahaya /lilin, dian/; by ~, dgn diterangi cahaya /lilin, dian/: to eat by ~, makan dgn diterangi cahaya lilin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunlit adj disinari cahaya matahari: the ~ slopes, cerun yg disinari cahaya matahari; the ~ waters of the bay, air teluk yg disinari cahaya matahari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonlightn 1. light of the moon, /cahaya, sinar(an)/ bulan: the room was full of ~, bilik itu disinari cahaya bulan; 2. (attrib) di bawah /cahaya, sinar(an)/ bulan: a ~ swim, berenang di bawah cahaya bulan; /by,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 1 n 1. natural force that makes things visible, cahaya: the ~ of the sun, cahaya matahari; I see a ~ coming from the garden, saya nampak cahaya dr taman itu; the ~ was beginning to fade and so they stopped painting, cahaya mulai menjadi pudar, lantas mereka pun berhenti melukis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 1 n 1. natural force that makes things visible, cahaya: the ~ of the sun, cahaya matahari; I see a ~ coming from the garden, saya nampak cahaya dr taman itu; the ~ was beginning to fade and so they stopped painting, cahaya mulai menjadi pudar, lantas mereka pun berhenti melukis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starlit adj disinari cahaya bintang: the ~ sea, laut yg disinari cahaya bintang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonlitadj disinari cahaya bulan: a bright ~ night, malam yg cerah disinari cahaya bulan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
luminescencen (liter.) cahaya yg samar-samar: the ~ of the evening sky, cahaya yg samar-samar langit petang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunlight n cahaya matahari: the lake glittered in the ~, permukaan tasik itu bergemerlapan dlm cahaya matahari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas