Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam] | چم

Definisi : dpt mengenali sesuatu yg pernah dilihat atau sesuatu bunyi yg pernah didengar: Saya tidak ~ siapa orang muda yg datang tadi. mengecamkan 1 mem­­perhatikan dgn sungguh-sungguh; meng­amat-amati: Engkau hendaklah ~ apa-apa yg telah engkau baca itu. 2 mengingat kembali; meyakini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cam] | چم

Definisi : kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya; mengecamkan 1. memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya ke­mudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak): camkanlah apa yg sedang berlaku itu; 2. mengingati, meyakini: camkan bahawa larutan itu menjadi panas semasa gas itu larut; 3. mengesan, mengetahui: bau binatang yg jauh dapat dihidunya dan dicamkannya di mana adanya binatang itu; pengecaman perihal atau perbuatan menge­cam(kan), pengamatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cam


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cam Ni-Cam Tu Tiada20159789675269950
Cam-Melayu abad ke-19: pemberontakan dan diasporaPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada2012978-983-861-545-7
Kamus Cam MelayuAl-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.Tiada2010978-967-362-0166
Peribahasa CamKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MalaysiaTiada2002983-41197-0-4
Kamus Melayu-CamUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada2012978-967-412-013-9
Empat leksikon bahasa Melayu - Bahasa CamKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MalaysiaTiada2000967903027X

Kembali ke atas