Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam] | چم

Definisi : dpt mengenali sesuatu yg pernah dilihat atau sesuatu bunyi yg pernah didengar: Saya tidak ~ siapa orang muda yg datang tadi. mengecamkan 1 mem­­perhatikan dgn sungguh-sungguh; meng­amat-amati: Engkau hendaklah ~ apa-apa yg telah engkau baca itu. 2 mengingat kembali; meyakini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cam] | چم

Definisi : kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya; mengecamkan 1. memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya ke­mudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak): camkanlah apa yg sedang berlaku itu; 2. mengingati, meyakini: camkan bahawa larutan itu menjadi panas semasa gas itu larut; 3. mengesan, mengetahui: bau binatang yg jauh dapat dihidunya dan dicamkannya di mana adanya binatang itu; pengecaman perihal atau perbuatan menge­cam(kan), pengamatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
CAMCAMKesenianSeni BinaSingkatan bagi computer aided manufacure. Lihat pembuatan berbantu komputer.
CAD/CAM softwareperisian CAD/CAMTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang digunakan untuk membantu jurutera, arkitek dan profesional lain dalam aktiviti yang berkaitan dengan reka bentuk dan pengeluaran. Perisian ini telah digunakan dengan meluas, bukan sahaja bagi reka bentuk 2D tetapi juga meliputi reka bentuk 3D. Kegunaan yang lebih kompleks seperti analisis ketegangan, analisis herotan, analisis haba dan analisis aliran bendalir juga digunakan secara meluas. Perisian ini agak mudah digunakan, menjimatkan masa dan tepat dalam mengkaji dan menilai pelbagai proses reka bentuk dan pengeluaran berbanding kaedah manual. Beberapa contoh perisian ini ialah AutoCAD, ESPRIT CAD/CAM, VX CAD/CAM, Mastercam CAD/Cam dan Delcam CAD/CAM.
CAD/CAM (computer-aided design/computer aided manufacturing)CAD/CAM (reka bentuk berbantu komputer/pembuatan berbantu komputer)Teknologi MaklumatTiadaPenyepaduan CAD dan CAM. Produk yang dihasilkan oleh CAD akan menjadi input langsung kepada CAM.
crassulacean asid metabolism (CAM)metabolisme asid krasulaseanBotaniTiadaLaluan fotosistesis bagi kebanyakan tanaman jenis sukulen. Spesies CAM mengikat asid 4-karbon dengan PEP karboksilase sama seperti spesies C4 tetapi hanya berlaku pada waktu malam apabila stomata terbuka dengan menggunakan tenaga yang terhasil daripada glikolisis. Tanaga cahaya yang menyebabkan terhadinya kitar Calvin, mengambil karbon dioksida daripada asid 4-karbon seperti tindak balas pada sel selaput berkas pada spesies C4. Kloroplas pada spesies CAM lebih menyerupai spesies C3. Dalam persekitaran yang baik, kebanyakan spesies CAM menukar fungsi stomata dan karboksilase sama seperti spesies C3.
camsesondolFizikTiadaTiada
cam geargear sesondolKomunikasi MassaTiadaTiada
cam headkepala sesondolKomunikasiTiadaTiada
camsesondolKejuruteraanTiadaTiada
cam turningpemusingan sesondolKejuruteraanTiadaTiada
cam trackrunut sesondolKejuruteraanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas