Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil yg digunakan utk memberi alamat (memanggil orang dll). mencanangkan 1 memukul canang utk memberitahukan sesuatu. 2 ki menghebahkan sesuatu ke merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil (utk memberi alamat, me­nyerantakan, dll): baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil; mencanangkan 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyeranta­kan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu; pencanang orang yg mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canang

Puisi
 

Canang dipukul bertali-tali,
     Rakyat datang menaiki lancang;
Kalau abang meminta sendiri,
     Adakah adik sukakan abang.


Lihat selanjutnya...(2)