Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara;

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

 

Lihat selanjutnya...(5)

83

Honey catches more flies than vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Mulut manis mematahkan tulang

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, honey catches more flies than vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, mulut manis mematahkan tulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Pantun

PantunSumberTema
Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan berakit buluh, Biar saya berakit kayu; Kalau tuan cara menyungguh, Biar saya menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina anak Belanda, Pulang terbang Batu Lintan; Jikalau kena dengan cara, Nyawa dan badan saya berikan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Padang lalu berempat, Rama-rama tepi kainnya; Hilang yang itu jarang dapat, Cara lain manakan sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas