Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.gah] | چݢه

Definisi : tegah, halang; mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll); cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; pencegahan perihal (perbuatan dsb) men­cegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah 1. alat utk mencegah; 2. orang (badan dsb) yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.gah] | چݢه

Definisi : ; mencegah mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. pencegahan perbuatan atau hal men­cegah; penegahan. pencegah 1 orang (pasukan, badan-badan tertentu dsb) yg tugasnya mencegah sesuatu: Badan ~ Rasuah. 2 ubat (bahan, alat dll) utk mencegah: bahan ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cegah