Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1 tidak baik (ttg nasib); tidak bahagia; malang; sial: ~ sungguh dia pagi itu, sudahlah terjatuh di tangga, ketinggalan pula wangnya di rumah. 2 = kecelakaan sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! mencelakakan menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? kecelakaan 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): Ah, ~, apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali; mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; kecelakaan bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Celaka ayam,
     padi masak makan ke hutan.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blastedadj celaka: the ~ fool, si bodoh celaka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damnationinterj celaka: ~! Where’s the other shoe?, celaka! Di mana kasut saya sebelah lagi?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damninterj sial, celaka, jahanam; ~ it (all), sial!, celaka!, jahanam!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buggerinterj (colloq) damn, blast, celaka: ~! The computer programme has crashed!, celaka! Program komputer rosak pula!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cursedadj 1. under a curse, kena sumpah(an); 2. damnable, celaka, sial: where is that ~ boy?, mana budak celaka itu?; the ~ clock has stopped again, jam sial ini rosak lagi; what a ~ nuisance!, celaka!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bugger~ /it, you /, (sl) celaka: ~ it! I’ve dropped the torch again, celaka! Lampu suluh jatuh sekali lagi; ~ me, (expressing surprise) masya-Allah: ~ me! I’ve never seen such an ugly woman, masya-Allah! Belum pernah saya melihat wanita sehodoh itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sodding adj (UK), (taboo & sl) sial, celaka: something is always going wrong with this ~ bike, ada sahaja yg tak kena dgn motor celaka ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sod 2 vt (UK), (sl & taboo) also ~ it, sial, celaka: Oh ~! They’ve left without me, celaka! Mereka tinggalkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swine n 1. contemptible, obnoxious person, babi, celaka; (when referring to os) jahat: they have run off with all my luggage, the dirty ~s!, mereka lari dgn semua beg saya, celaka!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuckingadj & adv (taboo & offensive outside intimate circles), (preceding v, also ~ well ) sial, celaka, [not translated]: I got on the wrong ~ train and had to get off at King’s Cross, saya naik kereta api yg salah dan terpaksa turun di King’s Cross, celaka betul!; where’s that ~ passport?, di mana pasport sial itu?; if he won’t do it, we’ll have to ~ well make him, kalau dia tak mahu membuatnya, kita paksa dia saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas