Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngulo[Nu.lo]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi yang ditarik dengan perahu; nunde.Kalau hari cerah kite boleh gi ngulo.[kA.lAw hA.Äi tS«.ÄAh ki.t« bo.leh gi Nu.lo]Kalau cuaca baik kita boleh pergi ngulo.

Kembali ke atas