Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Cerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari cerah mencari manggis, Hari buruk bawa berundur; Laki pemarah bini pembengis, Berhenti beramuk ketika tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Langit cerah langit mendung, Bunga segar kembang melati; Sakit dirasa sakit ditanggung, Hanya sabar menenang hati.Pantun Melayu SARAWAKAgama
Bulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Andainya hari bertambah cerah, Eloklah cepat menengok ladang; Andainya kaki tersalah langkah, Eloklah cepat berbalik pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana hendak pasang gaslin, Cerah sampai negeri China; Bagaimana kita hendak kahwin, Abang sudah ada yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kabut pagi menutupi awan, Hari cerah menjadi redup; Kuikut janji menanti tuan, Hati resah jantung berdegup.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas