Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.te.ra] | چترا

Definisi : sl payung kebesaran kerajaan spt payung iram-iram (ubur-ubur dll); ~ jantung Id urat pipih yg menyekat rongga dada dan rongga jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.te.ra] | چترا

Definisi : cerita, ceritera: demikian mula ~nya; menceterakan menceritakan: adapun diceterakan oleh orang yg punya cetera ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.te.ra] | چترا

Definisi : cerita: Demikian asal mula ~nya. menceterakan menceritakan: Setelah itu, Pak Mat pun ~ perihal datangnya orang India itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 Antara berikut yang manakah betul? A. Siti cedera akibat terjatuh dari basikal. B. Siti cetera akibat terjatuh daripada basikal. Soalan 2 Berdasarkan soalan 1, menagapakah adalah jawapan tersebut? Soalan 3 Perbezaan antara dari dan daripada. Sekian terima kasih.1. Siti cedera akibat terjatuh daripada basikal. 2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut.Tatabahasa04.03.2015
Adakah perbezaan dalam pengunaan 'dan lain-lain" dan "dan sebagainya"?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Lain-lain27.08.2013
Apakah perbezaan penggunaan singkatan 'dll.' dan'dsb.'?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Tatabahasa18.01.2021
apakah perbezaan antara dan lain-lain dengan dan sebagainya? contohnya, buah-buahan Malaysia terdiri daripada pisang, durian, ciku dan lain-lain atau dan sebagainya?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Tatabahasa15.12.2013
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih.Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan.Tatabahasa18.12.2013

Kembali ke atas