Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.te.ra] | چترا

Definisi : cerita: Demikian asal mula ~nya. menceterakan menceritakan: Setelah itu, Pak Mat pun ~ perihal datangnya orang India itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ce.te.ra] | چترا

Definisi : sl payung kebesaran kerajaan spt payung iram-iram (ubur-ubur dll); ~ jantung Id urat pipih yg menyekat rongga dada dan rongga jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.te.ra] | چترا

Definisi : cerita, ceritera: demikian mula ~nya; menceterakan menceritakan: adapun diceterakan oleh orang yg punya cetera ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINGKASAN CETERA KELANTAN

RINGKASAN CETERA KELANTAN, sebuah karya sejarah negeri Kelantan. Teks ini disusun pada 4 Januari 1933 dan dicetak oleh The al-Asasiyah Press Co. Kelantan pada tahun 1934. Naskhah yang tersimpan di Perpustakaan Besar Universiti Malaya dicetak batu dengan menggunakan tulisan Jawi, berukuran 21 cm x 14.5 cm. Cetakan ini dibuat berdasarkan naskhah asal yang dikarang oleh Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan. Ringkasan Cetera Kelantan ini ditulis berdasarkan tulisan peringatan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar, yang ditulis pada tahun 1197 H. Naskhah ini adalah untuk kegunaan murid-murid darjah tinggi sekolah-sekolah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya

Kembali ke atas