Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ESTROGEN

Estrogen ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan hormon yang sama dari segi

kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan

perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada

manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan

lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran

pembiakan wanita.

UMUM 
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
AKULTURASI

Akulturasi ialah proses apabila ciri-ciri

kebudayaan suatu kumpulan berubah melalui

hubungan kumpulan itu dengan kebudayaan

kumpulan lain.

UMUM 
TOPOGRAFI KARSBentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
KETURUNAN

Keturunan ialah penurunan ciri-ciri biologi

daripada satu generasi kepada generasi

seterusnya. Proses keturunan berlaku dalam kalangan

semua benda hidup – haiwan, tumbuhan, malah

organisma mikroskopik seperti bakteria. Keturunan

menjelaskan mengapa setiap ibu manusia

melahirkan bayi manusia dan mengapa setiap ibu

anjing melahirkan anak anjing dan bukan anak

kucing. Ia juga menyebabkan anak kelihatan seperti

ibu bapanya.

UMUM 
PROTOZOA

Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang

mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan

atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan

protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya

dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai

ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai

haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan

protozoa bersama lain-lain organisma ringkas

dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa

dikenali sebagai protozoologi.

UMUM 
STREPTOKOKUS

Streptokokus ialah genus (kumpulan) bakteria

yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah

mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian

organisma berbentuk sfera. Streptokokus

dikelaskan sebagai bakteria hemolitik. Bakteria ini

mengeluarkan toksin yang memusnahkan

seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah.

Pemusnahan ini dikenali sebagai hemolisis.

UMUM 
THEOCRITUS

Theocritus (200-an S.M.) ialah penyair Yunani

yang memperkenalkan ciri-ciri puisi pastoral

Yunani. Puisi pastoral berkisar di sekitar tema

kedesaan. Theocritus menentukan piawai puisi

pastoral dengan tema yang dipilihnya,

persembahan yang menarik, dan kesan emosi yang

mendalam.

UMUM 
DNA REKOMBINANKejuruteraan yang menggunakan teknik DNA (Deoxyribonucleic Acid) rekombinan untuk memanipulasi gen bagi mendapatkan ciri-ciri baru yang lebih baik.KEJURUTERAANKonsep
EPIGRAM

Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah

yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya

termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan,

dan kejelasan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas