Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feminizationfeminisasiPerubatanTiada1. Pengaruhan normal ciri-ciri jantina wanita.,2. Perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pada lelaki.
neotenyneoteniBiologiTiada1. Pengekalan ciri-ciri larva hingga melebihi jangka masa yang biasa.,2. Terdapatnya ciri-ciri dewasa pada larva.,3. Pencapaian kematangan seks oleh larva pada aksolotel.
mutantmutanBiologiTiadaIndividu yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipindahkan kepada keturunannya yang berbeza daripada ciri-ciri induknya.
inheritancewarisan; pewarisan; keturunanPerubatanTiada2. Keturunan: Pemerolehan ciri-ciri genetik melalui pemindahannya daripada induk kepada anak.,3. Ciri-ciri genetik yang dipindahkan daripada induk kepada anak.
operational characteristicciri kendalianKejuruteraanTiadaCiri-ciri yang merujuk kepada kendalian perkakasan, secara sendirian atau berkait dengan perkakasan lain, misalnya frekuensi atau jenis modulasi.
siting criteriaciri tapakKejuruteraanTiadaCiri-ciri yang perlu ada pada sesuatu tapak sebelum sesebuah loji nuklear dapat dibina di atasnya.
dominantdominanKesenianTiada1. Ciri-ciri trait yang akan dijelmakan dalam anak walaupun ciri tersebut dibawa oleh hanya satu daripada kromosom homologus. 2. Nama teknikal untuk not kelima dalam skala minor atau major.
hill featureciri-ciri bukitGeografiTiadaMorfologi bukit seperti ketinggian, kelengkungan, kecuraman dan sebagainya.
haptophorehaptoforBiologiTiadaCiri-ciri gabungan molekul toksin, lisin, apsonin, presipitin atau aglutinin.
analogueanalogBiologiTiadaCiri-ciri pada organisma yang berbeza pada struktur dan evolusi, tetapi mempunyai fungsi yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas