Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu] | چوچو

Definisi : keturunan peringkat kedua (iaitu sepe­ringkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempun­yai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cu] | چوچو

Definisi : anak kpd anak; keturunan peringkat yg kedua. ~ Adam manusia. anak ~ keturunan. bercucu mempunyai cucu: beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya ada anak pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucu

Puisi
 

Al-Hassani wal Hussain,
     Wahai cucu Rasulullah;
Wafat Hassan tinggal Hussain,
     Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cucu Adam sepaian nabi( Rangkap 2 Pantun 8 Kerat, Antologo Dirgahayu Bahasaku, Teks komsas T5). apakah maksud sepaian?

 

saudara,

Perkataan sepaian   menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berserakan, bertebaran  ke merata-rata tempat.  Sepaian dalam konteks pantun ini bermaksud manusia yang menjadi khalifah di dunia ini adalah pilihan tuhan yang berasal daripada Nabi Adam, kemudian berkembang biak dan bertebaran ke suluruh pelosok alam.

Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1458.

sekian. 

Sastera23.02.2011
1. hinnga saat ini atau hingga ke saat ini yang betul 2. hingga anak cucu atau hingga ke anak cucu yang betulFrasa yang gramatis ialah "hingga saat ini" dan "hingga anak cucu".Tatabahasa23.06.2012
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat?Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat.Tatabahasa04.09.2011
Cucu Tok Wan 12.58 PAGI Cucu Tok Wan assalamualaikum.. saya berminat untuk menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi, bagaimana cara untuk saya mohon maklumat yang berkaitan.. terima kasih..Tuan, untuk menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi, pihak tuan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP bagi mendapatkan maklumat lanjut. Tuan boleh berhubung melalui e-mel dengan Dr. Dahlina menggunakan alamat: dahlina@dbp.gov.my atau menghubunginya melalui talian 03-21479224. Terima kasih.Lain-lain28.08.2017
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu?Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu.Tatabahasa05.04.2007
Salam sejahtera. Saya ada terbaca artikel tentang susunan kekeluargaan Melayu. Adakah susuan keturunan berikut adalah betul atau sebaliknya? Bapa/Mak - Anak - Cucu - Cicit - Piut - Oneng-oneng - piat.

Mengikut Kamus Dewan, piut ialah keturunan yg kelima (cucu kepada cucu); piut-miut keturunan yang sudah jauh; piat-miut ialah anak cucu yg sudah jauh; manakala oneng-oneng ialah anak piut (keturunan yang kelima).

Istilah27.01.2015
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Istilah28.06.2009
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

Encik Ishak,

Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

1  (a).  Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu mengandungi maklumat yang rahsia. 

1  (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 

2.   C. sehingga anak cucu

     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
tolong semak ayat ini. betul ke tidak. boleh diterima atau tidak. 1) Nenek Ali rajin berkemas rumah. 2) Nenek rajin berkemas rumah. 1) Nenek Ali menyayangi cucunya. 2) Nenek Ali menyanyanyi cucu. 3) Nenek sangat menyayangi cucu. 4) Nenek sangat menyayangi cucunya. 1) Nenek saya memasak bubur untuk untuk saya.Ayat Nenek Ali rajin berkemas rumah, Nenek rajin berkemas rumah, Nenek Ali menyayangi cucunya dan
Nenek sangat menyayangi cucunya adalah ayat gramatis.
Tatabahasa24.05.2012
Assalamualaikum pihak dbp. Sekarang nie saya tengah buat susunan salasilah keluarga. Saya mengalami masalah nak letak panggilan apa kepada anak Ciak. Susunan seperti berikut.Anak Cucu Cicit Ciak????Apa pandangan pihak dbpKeturunan orang Melayu ke bawah adalah seperti yang berikut: 1. Anak 2. Cucu 3. Ciicit 4. Piut 5. Oneng-onengIstilah26.01.2016
1234

Kembali ke atas