Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu] | چوچو

Definisi : keturunan peringkat kedua (iaitu sepe­ringkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempun­yai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucu

Puisi
 

Al-Hassani wal Hussain,
     Wahai cucu Rasulullah;
Wafat Hassan tinggal Hussain,
     Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUBLAI KHAN

Kublai Khan (1216–1294), cucu lelaki Genghis

Khan, pengasas dinasti Mongol, atau Yuan, yang

memerintah China dari tahun 1279 hingga tahun

1368. Kublai ialah anak Tolui, dan saudara kepada

Khan-Agung keempat, iaitu Mangu.

UMUM 
SCOTT

Scott ialah nama keluarga dua orang arkitek

British, iaitu datuk dan cucu.

UMUM 
PRETENDER

Pretender ialah dua orang yang menuntut takhta

England, iaitu putera dan cucu James II.

UMUM 
OTTO

Otto ialah nama tiga orang raja dan maharaja

Jerman, iaitu bapa, anak dan cucu lelakinya.

Keseluruhan pemerintahan mereka bermula dari

tahun 936 M. hingga tahun 1002.

UMUM 
PERJANJIAN VERDUN

Perjanjian Verdun ialah perjanjian yang

membahagikan empayar Charlemagne kepada

tiga bahagian. Cucu Charlemagne bertelagah

untuk memerintah empayar ini selepas kematian

bapa mereka pada tahun 840 dan akhirnya

menandatangani perjanjian pada tahun 843.

Dengan perjanjian ini, Charles the Bald menerima

bahagian yang kini dikenali sebagai Perancis.

Louis the Jerman menerima tanah di hampir

semua kawasan di timur Rhine, yang akhirnya

menjadi Jerman moden. Lothair pula mengekalkan

takhta maharaja dan memerintah sejalur kawasan

di bahagian tengah, dari Laut Utara hingga

bahagian tengah Itali.

UMUM 
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
AGRIPPINA THE YOUNGER

Agrippina the Younger (15 M.–59 M.) ialah

salah seorang wanita paling berkuasa pada zaman

Rom purba. Agrippina ialah cucu kepada

Maharaja Augustus dan adik Maharaja Caligula.

Dia juga kuat mempengaruhi dua Maharaja Rom

yang lain – suaminya Claudius dan anaknya Nero.

UMUM 
NEHRU

Nehru ialah nama keluarga empat generasi

pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan

tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal,

Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira

Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi,

Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal,

iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita

pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi.

UMUM 
ACT OF SETTLEMENTAct of Settlement yang diluluskan di England

pada tahun 1701, memberikan hak warisan

mahkota kerajaan Inggeris kepada Sophia,

pemerintah Hanover dan warisnya yang

berfahaman Protestan. Sophia ialah cucu kepada

James I.

UMUM 
ASOKA

Asoka ( ? –232 S.M.), juga dieja Ashoka ialah

maharaja paling agung di India purba. Baginda

memerintah Empayar Maurya dari kira-kira pada

tahun 272 S.M. hingga kemangkatannya. Asoka

adalah cucu Chandragupta, pengasas Dinasti

Maurya. Ayahandanya Bindusara memerintah

utara India selama 29 tahun.

UMUM 
123

Kembali ke atas