Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu] | چوچو

Definisi : keturunan peringkat kedua (iaitu sepe­ringkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempun­yai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucu

Puisi
 

Al-Hassani wal Hussain,
     Wahai cucu Rasulullah;
Wafat Hassan tinggal Hussain,
     Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaCik Mamat cucu perompak, Hendak merompak tanah seberang; Cari modal penuhkan petak, Baru boleh lawan gelombang.
Kurik Kundi Merah SagaAl-Hassani wal Hussain, Wahai cucu Rasulullah; Wafat Hassan tinggal Hussain, Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.
Kurik Kundi Merah SagaEntah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berkayuh dalam perahu, Kerana hendak mudik ke hulu; Minta selamat pengantin baru, Dari anak hingga ke cucu.

Kembali ke atas