Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang ke dalam

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(79)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul dan gramtis? (a) Kenapa dia tidak datang ke sekolah? (b) Kenapakah dia tidak datang ke sekolah? (c) Dia tidak datang ke sekolah kenapa? (d) Dia tidak datang ke sekolah kenapakah?Ayat (b) dan (c). Dalam susunan biasa, kata Tanya menduduki bahagian predikat seperti contoh (c). Apabila mengalami proses pendepanan. Berlaku partikel-kah digunakan seperti contoh (b).Tatabahasa16.11.2015
1)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya. 2)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumah Mohan. Ayat di atas yang mana satu tepat dan betul?Mengapa?Ayat yang betul ialah "Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya."


Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat tersebut, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga.
Tatabahasa30.07.2013
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan silaJemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna29.10.2015
1)pulang dari/ pulang ke....mana betul? 2)datang dari/ datang ke....Untuk makluman, ketepatan (betul/salah) dalam pemilihan perkataan tidak dapat ditentukan hanya dengan melihat kepada contoh perkataan yang tuan/puan berikan semata-mata kerana konteks keseluruhan ayat perlu dilihat terlebih dahulu.Tatabahasa12.03.2019
Salam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih.
  1. Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
  2. Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.

Tatabahasa03.03.2022
S alam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih.
  1. Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
  2. Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.
Tatabahasa07.03.2022
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar?

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur
.

Contoh lain:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh lain:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.
Tatabahasa11.10.2015
TATACARA PENGESAHAN BAHASA DALAM IKLANDATANG KE DBP ATAU FAKS VISUAL IKLAN KE DBPLain-lain26.10.2010
salam 1 Malaysia, 1. Apakah penggunaan kata 'ke lima' (dijarakkan atau dekat) dalam ayat berikut sesuai digunakan? contoh ayat : faktor yang ke lima yang menghalang pelajar datang ke sekolah adalah kerana kemiskinan. 2. apa beza murid dengan pelajar? adakah penggunaan murid/pelajar dalam ayat berikut betul: contoh ayat : pelajar di sekolah rendah lebih mudah menerima nasihat daripada murid sekolah menengah. sekian terima kasih1. Faktor kelima yang menghalang pelajar datang ke sekolah ialah kemiskinan.
2. Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah.
Tatabahasa02.03.2015
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tqIni ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul.Tatabahasa20.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas