Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.ma] | درما

Definisi : bantuan yg berupa wang (kpd per­kumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir; ~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~ kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan ke­cemasan; berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit; mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim; pendermaan perihal atau perbuatan men­dermakan: surat itu mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu; penderma orang yg menderma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.ma] | درما

Definisi : pemberian yg ikhlas berupa wang dll kpd orang miskin; bantuan wang kpd kumpulan (yayasan dll): Orang kaya itu selalu memberikan ~ kpd anak-anak yatim. berderma memberikan derma: Dia telah ~ sebanyak seratus ringgit kpd pertubuhan itu. mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: Dia telah ~ kain bajunya kpd mangsa-mangsa banjir. pendermaan perbuatan atau hal mendermakan. penderma orang yg berderma atau yg mendermakan sesuatu. dermawan orang yg murah hati; orang yg suka atau selalu berderma. kedermawanan sifat dermawan atau kemurahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derma