Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.sa] | ديسا

Definisi : (désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (ka­wasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya utk berbuat de­mikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat); sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan, tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat; mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari; kedesaan spt orang desa (sifatnya, orang­nya); pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desa

Puisi
 

Cik Desa pergi ke laut,
     Hendak mencari ikan parang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Takut kena tunang orang.


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
semio Bj Smpasar tani, tamu.Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. Di samping itu Desa Selengkutai mempunyai semio untuk berurus niaga.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
meliana MSbkaya raya.Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngembiluk Bj Smberpaling tadah.Di saat Desa Selengkutai berada di era kegemilangan, Embo Temah telah ngembiluk.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
betitik Bjsejenis irama muzik tradisional masyarakat Bajau Sama yang menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang, bebandil dan kulintangan.“Nukung, apa kata kita cadangkan kepada Tok untuk mengadakan majlis betitik dan kalang sama untuk menghiburkan dan menghilangkan ketegangan penduduk Desa Selengkutai.”NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
limun Bj Smberkenaan sesuatu yg samar-samar atau belum kelihatan.“Emboh Temah, Embo Nukung, janganlah kiranya kalian mendabik dada dengan kemenangan awal yang kita kecapi kerana perjuangan kita masih limun dan sudah pastilah Belah Darag tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami,” Embo Bani mengingatkan kedua-dua orang wira Desa Selengkutai itu. Embo Bani tahu tidak akan berdiam diri.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buan LBsejenis bekas mengangkut padi berbentuk bulat besar. Ia diperbuat daripada anyaman rotan. Disikut di belakang.Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tayen LBsejenis bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk mengangkut padi, buah dan lain-lain. Kadang-kadang ia dijadikan sebagai tempat letak barang hantaran perkahwinan.Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas