Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.sa] | ديسا

Definisi : (désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (ka­wasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya utk berbuat de­mikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat); sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan, tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat; mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari; kedesaan spt orang desa (sifatnya, orang­nya); pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desa

Puisi
 

Cik Desa pergi ke laut,
     Hendak mencari ikan parang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Takut kena tunang orang.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selama kera masuk ke desa, Banyaklah babi mati terjerat; Selama raja mabuk kuasa, Banyaklah menteri jadi penjilat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa.Pantun Melayu SARAWAKBudi
Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana orang takkan beramuk, Dusun dan desa di rosak musuh; Bagaimana abang takkan merajuk, Bertahun ku puja adik tak acuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana orang tidakkan lari, Datang beruang masuk ke desa; Bagaimana abang tidakkan benci, Berterang-terang adik menghina.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas