Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desa

Puisi
 

Cik Desa pergi ke laut,
     Hendak mencari ikan parang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Takut kena tunang orang.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaOrang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.
Kurik Kundi Merah SagaCik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Kurik Kundi Merah SagaPondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaDari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri.
12

Kembali ke atas