Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.sa] | ديسا

Definisi : (désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (ka­wasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya utk berbuat de­mikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat); sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan, tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat; mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari; kedesaan spt orang desa (sifatnya, orang­nya); pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desa

Puisi
 

Cik Desa pergi ke laut,
     Hendak mencari ikan parang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Takut kena tunang orang.


Lihat selanjutnya...(13)

Majalah

Dewan Budaya » 2016 » January
masih utuh dilestarikan. Pelbagai alternatif dilakukan dalam perubatan tradisional Bajau Sama’ supaya tidak lapuk ditelan zaman. Aspek perbidanan masa ini lebih popular dengan wanita berseragam putih yang dikenali sebagai jururawat desa. Mereka sudah mengambil alih peranan nenek tua bidan kampung si serata pelosok desa di negara kita. Konotasi jururawat yang membawa kaedah perubatan berteknologi membawa wajah baharu terhadap dunia perbidanan. Namun begitu, peranan bidan kampung dalam masyarakat Bajau Sama’ masih hidup dengan nilai warisan
Dewan Budaya » 2013 » December
luar negara mempunyai banyak pilihan destinasi dunia untuk dilawati. Dalam hal ini sudah pasti unsur kelainan dan pengalaman melancong yang berbaloi dengan wang yang dilaburkan menjadi pilihan pelancong. Program inap desa yang merupakan sebahagian daripada konsep Pelancongan Berasaskan Masyarakat adalah antara wadah pelancongan yang kian mendapat perhatian pelancong asing. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mentakrifkan inap desa sebagai pelancong tinggal dengan keluarga angkat dan mengalami pengalaman kehidupan seharian bersama-sama dengan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ringkasnya, inap desa menyediakan pakej lawatan ekopelancongan dan
Dewan Budaya » 2014 » August
tangkal yang telah dibaca doa untuk keselamatan dan sebilah pisau kecil yang dibalut benang sutera merah untuk menghalau hantu. Pokok besar ini bagaikan pelindung kampung tersebut. Saya tinggal di inap desa milik Pak Yu. Pada awal pagi lagi, saya terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi rintik hujan yang menimpa kaca tingkap. Saya cepat-cepat turun ke bawah dan mendapati bahawa Pak
Dewan Budaya » 2013 » November
dari majalah Dewan Budaya keluaran November 2013. Posted in: Uncategorized 0 Comments LONJAKAN PELANCONGAN DOMESTIK admin on November 2nd, 2013 Sebanyak RM18.5 juta dicatatkan perolehan daripada jumlah pendapatan inap desa luar bandar di negara ini pada tahun 2012. “Petuanya amat mudah untuk menarik kunjungan kali kedua, ketiga, dan seterusnya pelancong asing untuk menikmati keindahan alam, budaya, dan cara hidup masyarakat desa negara ini, iaitu sambutlah mereka dengan senyuman dan tangisi kepulangan mereka ke negara asal,” demikian ujar Profesor Dr. Amran Hamzah, Profesor Perancangan Pelancongan yang juga merupakan Pengarah Pusat Inovatif Perancangan
Dewan Budaya » Tradisi
masih utuh dilestarikan. Pelbagai alternatif dilakukan dalam perubatan tradisional Bajau Sama’ supaya tidak lapuk ditelan zaman. Aspek perbidanan masa ini lebih popular dengan wanita berseragam putih yang dikenali sebagai jururawat desa. Mereka sudah mengambil alih peranan nenek tua bidan kampung si serata pelosok desa di negara kita. Konotasi jururawat yang membawa kaedah perubatan berteknologi membawa wajah baharu terhadap dunia perbidanan. Namun begitu, peranan bidan kampung dalam masyarakat Bajau Sama’ masih hidup dengan nilai warisan
Dewan Budaya » 2014 » September
daya tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara ini. Kepelbagaian ini juga telah mengasimilasikan muzik tradisi Melayu yang dapat dijadikan sebagai penghias perkhidmatan pelancongan atau hospitaliti di hotel, inap desa, motel, calet, dan rumah tumpangan lain dalam konteks pelancongan desa. Dalam sejarah seni persembahan Melayu, beberapa orang pakar etnomuzikologi, seperti Matusky dan Beng, menyatakan bahawa seni persembahan tradisi Melayu di Malaysia pada hari ini telah melalui proses pengaruh akulturasi dan
Dewan Budaya » 2013 » March
perniagaan (21.8 peratus), dan menghadiri persidangan atau konvensyen (9.2 peratus).Aktiviti yang dijalankan pula adalah seperti membeli-belah (97.2 peratus), melawat bandar raya (92.1 peratus), melawat desa (66.4 peratus), dan mengembara (49.7 peratus). Memang tidak dapat dinafikan peningkatan ketara pelancong Islam dari negara Timur Tengah ini disebabkan oleh peristiwa 11 September 2001. Bagi menyusun pelbagai
Dewan Budaya » 2015 » July
difahami mengikut takrif autoriti, iaitu dasar formal dari atas ke bawah. Dengan itu, diharapkan agar dasar berkenaan dapat dicambah dan disebarluaskan kepada pelbagai peringkat masyarakat, tidak kira di kota atau desa. Media massa, terutama televisyen yang begitu popular terutama dari dekad 1970-an hingga pertengahan 1990-an, membantu kerajaan melaksanakan dasar yang berkaitan dengan budaya. Namun demikian, mulai dekad 1990-an

Kembali ke atas