Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan undangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya istilah penggunaan perkataan "Ahli" 1. Adakah boleh digunakan "Ahli" sahaja atau " Ahli-ahli" Contoh: (a) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Undangan Negeri Setahu saya perkataan "Ahli" itu merupakan "Kata Nama" - banyak. Jadi memadai kita menggunakan "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan" sahaja. Adakah ini betul atau sebaliknya. Mohon jawapan. terima kasih. T.T. (Rusli bin Kamaruddin) Ketua Pelapor Perbahasan, Dewan Undangan Negeri, PULAU PINANG.

Perkataan ahli boleh merujuk kepada bilangan seorang atau ramai. Perkataan ahli-ahli merujuk kepada bilangan ramai. Perkataan ahli atau ahli-ahli digunakan mengikut konteks yang bersesuaian. Contohnya: a) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. (betul) b) Sekiranya ahli kumpulan tidak dapat menjawab, soalan akan  dibuka kepada ahli-ahli kumpulannya.

Tatabahasa21.04.2011
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun?Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun.Lain-lain01.10.2014
Apakah maksud "Dewan" dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor. adakah hanya dalam dewan bersidang atau termasuk perkarangan luar dewan. Bahan ilmiah kerana menjadi percanggahan antara YB dalam dewan ini.

Saudara Yussainy,

Saudara perlu mengkaji dan meneliti maksud perkataan 'dewan' yang digunakan dalam konteks Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor bersama-sama dengan ahli Dewan yang lain memandangkan persoalan yang timbul melibatkan penggunaan khusus dalam konteks yang dinyatakan.  

Makna13.07.2009
Mohon mendapat jawapan Lihat lampiran soalan yang dikemukakan (Rusli bin Kamaruddin) PA Y.B. Dato' Speaker merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

Lihat Lampiran

Tatabahasa19.10.2011
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerahSeorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato'  disapa sebagai "Tuan/Encik".Lain-lain27.05.2011
Saya musykil dengan janji kerajaan untuk memperkasa dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua urusan Kerajaan. Saya berasa sangat kecewa apabila TV3 hari ini menunjukkan sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak dimana Ketua Menterinya sendiri menyampaikan ucapan dalam bahasa inggeris. Apa pandangan dan tindakan DBP terhadap isu ini? Adakah ini cara kita memertabatkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan?Perjanjian 20 Perkara dalam Pembentukan Malaysia, memberi ruang kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi di Sarawak. Walau bagaimanapun DBP selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam hal pemartabatan bahasa akan terus berusaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini bukanlah mudah dan memerlukan iltizam semua pihak khususnya kesungguhan politik untuk memartabatkan bahasa Melayu di seluruh Negara termasuklah dalam konteks di Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa dan budaya. Untuk makluman tuan, kami sedang berusaha mendapatkan maklumat yang rinci tentang senario penggunaan bahasa Melayu dalam sidang DUN Sarawak dan maklumat tersebut akan di-e-melkan kepada tuan.Lain-lain29.04.2015
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009

Dua perkataan tersebut berbeza maknanya:

1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki.

Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.

2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata.

Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat.

Makna18.02.2009
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya.Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum.Istilah22.08.2006
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

 Encik Rusli,

Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan.

Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~.  

Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan.

 

Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan.

Makna07.01.2010
SALAM. SAYA KURANG FAHAM TENTANG PENGGUNAAN YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA,YANG BERUSAHA DAN BEBERAPA LAGI YANG BERKAITAN. TERIMA KASIH.Yang Berhormat (ditulis YB) ialah rujukan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri; Yang Berbahagia (ditulis YBhg.) ialah rujukan untuk individu yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri, Dato' Seri/Datuk Seri, Dato'/Datuk tetapi bukan wakil rakyat. Sapaan untuk Yang Berusaha lazimnya digunakan kepada pihak yang menganjurkan majlis/acara seperti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia, Mokhtar Mohd. Tohar/Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP.Lain-lain19.03.2010
1234

Kembali ke atas