Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Di samping itu', 'itu', 'ini' boleh digunakan di depan sesuatu ayat? Contoh, 'Di samping itu, pemuda masa kini sangat...', 'Ini kerana organisasi ini tidak...', 'Itulah sebabnya'. Terima kasih.'Di samping itu' boleh digunakan kerana 'itu' merujuk perkara yang diperkatakan sebelumnya, manakala 'itu' dan 'ini' tidak boleh digunakan di depan sesuatu ayat kerana ia merupakan kata penunjuk, hendaklah meletakkan perkataan lain seperti 'hal ini...' atau 'perkara ini/itu...'Lain-lain22.01.2007
Adakah kata hubung yang bermula dengan huruf "D",seperti "di samping itu" dan "dalam pada itu" masih boleh digunakan di permulaan ayat dalam penulisan dan karangan ?Kata hubung di samping itu dan dalam pada itu digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa12.03.2007
assalamualaikum,saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan sebuah novel bagi memuaskan hati pembacaKarya yang baik ialah karya yang baik dari segi isi, persembahan, gaya bahasa dan mempunyai potensi pasaran. Karya sastera sewajarnya mengandungi nilai estetik atau keindahan, di samping mengandungi mesej yang boleh membangunkan minda pembaca. Saudara disarankan supaya membaca karya yang telah memenangi pelbagai hadiah, umpamanya Hadiah Sastera Perdana .Lain-lain11.05.2007
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaanPerniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi.Makna14.02.2007
salam.. saya ingin bertanyakan mengenai sifat bahasa..boleh berikan penerangan selanjutnya.. saya juga ingin meminta penerangan lebih mengenai salah satu sifat bahasa iaitu bahasa sebagai satu sistem..harap boleh berikan penerangan dengan terperinci memandangkan sumber yang ada tidak memenuhi di samping tidak mencukupi..Salah satu sifat bahasa ialah sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, dan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk pusat bahasa di IPTA dan rencana bahasa Melayu dalam http://wikipedia.Lain-lain02.09.2007
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
Terima kasih atas jawapan dan nasihat saudara, 1.Saya sedang berbual dengan kawan saya.Perkataan berbual betul???atau guna berbual-bual. 2.Penggunaan perkataan samping , tepi , sebelah ??? Terima kasihYang betul ialah saya sedang berbual-bual dengan kawan saya. Perkataan "samping" mengikut Kamus Dewan bermaksud di sebelah, di rusuk, di sisi. Oleh itu, perlu ada kata sendi "di", dan maknanya sama dengan "tepi" dan "sebelah".Tatabahasa30.05.2007

Kembali ke atas