Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diedarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
media call reportlaporan panggilan mediaKomunikasiKorporatKenyataan bercetak yang diedarkan kepada pemberita. Kenyataan ini mengandungi makluman tentang peristiwa yang akan berlaku, tempat, masa, dan maklumat lain seperti atur cara dan ringkasan peristiwa yang boleh membantu pemberita merancang liputan berita. Kenyataan makluman tersebut biasanya diedarkan kepada pemberita oleh penyunting pada waktu pagi sebelum sesuatu acara berlangsung. Makluman tersebut dapat membantu penyunting untuk melaksanakan agihan kerja dalam kalangan pemberita yang bertugas pada hari berkenaan..
dealer imprinttanda pengedarKomunikasiKorporatNama dan alamat pengedar sesuatu barangan atau agen sesuatu perkhidmatan yang dicetak atau ditampal pada iklan yang diedarkan kepada khalayak. Ruang untuk mencetak nama dan alamat peniaga sering kali disediakan untuk tujuan cetakan tanda pengedar apabila diperlukan terutamanya dalam kempen promosi dan publisiti pengiklanan yang menggunakan kaedah hantaran pos. Fungsi tanda pengedar adalah untuk mengesahkan kesahihan dan kewibawaan barangan yang diedarkan. Tanda pengedar juga berfungsi untuk memastikan syarikat lebih bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan yang dilakukan selain untuk memudahkan bakal pelanggan menghubungi pengedar sekiranya diperlukan bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.
bookletbuku kecilKomunikasiKorporatHelaian kertas berjilid yang mengandungi maklumat untuk diedarkan secara percuma. Buku ini biasanya mengandungi maklumat untuk tujuan mendidik serta mengubah tingkah laku dan sikap khalayak. Jumlah maklumat biasanya banyak tetapi ditulis secara strategik dan sistematik. Buku ini bersaiz kecil dan mudah dibawa, disimpan, atau dirujuk. Persembahan reka bentuk dan reka letak disesuaikan dengan tujuan penerbitan buku tersebut. Penyediaan buku kecil dilakukan oleh bahagian komunikasi korporat sesebuah organisasi.
circulating magma crystallizerpenghablur magma beredarKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghablur dengan keseluruhan magma diedarkan dalam peringkat penghabluran dan penepuan lampau larutan tanpa mengasingkan zarah hablur yang terbentuk daripada larutan tepu magma. Penghabluran dan penepuan lampau magma dilakukan serentak bersama-sama hablur. Larutan baru biasanya disuap di antara penghablur dan zon penepuan lampau.
rate card (advertisement)kad kadar (iklan)KomunikasiKorporatBorang tempahan ruang iklan yang diedarkan pada pihak media kepada agensi pengiklanan. Penggunaan borang merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh media massa untuk menarik perhatian agensi pengiklanan supaya membuat tempahan ruang lebih awal. Dalam borang tersebut, disertakan maklumat mengenai kos bagi setiap jenis ruang, saiz iklan, tarikh tutup penyerahan iklan, dan pelbagai maklumat lain yang boleh menarik perhatian pengiklan untuk membuat tempahan.
choke manifoldpancarongga pencekikKejuruteraanPetroleumSusunan paip-paip dan pencekik. Melalui susunan ini, diedarkan apabila pencegah semburan keluar ditutup bagi mengawal tekanan di dalam semasa terjadinya tendangan.
collateralkolateralKomunikasiKorporatBahan tambahan yang digunakan serentak dengan bahan pengiklanan dan promosi lain yang diedarkan kepada pengedar, peruncit, dan pemborong. Bahan ini juga dirujuk sebagai media tidak berkomisen yang digunakan dalam kempen pengiklanan dan promosi. Contohnya, risalah, katalog, pita video, bahan pameran, dan kit jualan. Tujuan pengedarannya adalah untuk menyokong maklumat yang sedia ada dalam bahan pengiklanan dan kempen promosi. Penggunaan bahan tambahan ini hanya dilakukan semasa kempen pengiklanan dan promosi tertentu seperti pengenalan barangan dan perkhidmatan baru, hari ulang tahun syarikat, dan sempena kejayaan lain yang dicapai oleh syarikat pengeluar barangan dan perkhidmatan yang diiklankan. Sinonim bahan kolateral.
insertselitanKomunikasiKorporat1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan.
self-mailermel jawab balikKomunikasiKorporatKaedah mendapat reaksi atau maklum balas secara bercetak mengenai sesuatu maklumat pemasaran yang diedarkan kepada pelanggan. Caranya adalah dengan menggunakan sekeping kad jawapan yang telah tercatat alamat syarikat dan bersetem untuk memudahkan pelanggan memberikan maklum balas. Kaedah ini mempercepat proses pengumpulan maklum balas terutama dalam kajian tinjauan pemasaran.
mail order advertisingpengiklanan pesanan posKomunikasiKorporatPengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal.
1234

Kembali ke atas