Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diketengahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
Ayat: Masalah itu perlu diketengahkan supaya jalan penyelesaian dapat dicari. Pada pandangan tuan, adakah ayat di atas mempunyai sebarang kesalahan? Bagi saya, ayat tersebut tiada kesalahan. Tolong betulkan jika saya silapAyat tersebut betul dan tiada kesalahan.Tatabahasa10.08.2012
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasihDalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir.


Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
Tatabahasa02.04.2013
Salam, saya berminat dalam penulisan cerita pendek terutama sekali dalam Bahasa Kadazandusun. Saya ada menulis beberapa cerita pendek dan bercadang untuk diketengahkan kepada umum melalui DBP. Soalannya ialah a) dengan siapakah saya boleh berhubung b) apakah bentuk penulisan seumpama ini dibenarkanBagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.Karya30.05.2015
Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan perkataan dianya dalam blognya. Oleh sebab beliau seorang negarawan dan sangat mencintai bahasa Melayu, ada pendapat mengatakan kita patut menerima pakai perkataan dianya yang diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu. Mohon penjelasan.Penggunaan yang betul ialah  'ia' , 'dia', 'nya'  kerana kata-kata ini merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata  'dianya'  tidak boleh digunakan  kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 86 - 87.Tatabahasa19.09.2009
saya ingin membuat pertanyaan adakah boleh perkataan NAUTICA digunakan untuk menamakan bangunan (kondominium atau lain-lain)Pada kebiasaannya penamaan sesuatu bangunan atau kondominium bergantung pada lokasi, persekitaran tempat terletaknya bangunan atau kondominium tersebut atau konsep yang hendak diketengahkan. Perkataan nautika bermaksud berkaitan dengan pelaut, perkapalan atau pelayaran. Oleh yang demikian sekiranya ini memenuhi kriteris tersebut maka penamaan sedemikian bolehlah diberikan. Walau bagaimanapun disyorkan saudara merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan nama yang sesuai.Lain-lain25.07.2008
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih.Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
Tatabahasa13.04.2017
En Sulaiman, Saya dari agensi pengiklanan ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan yang patut kami letakkan dalam iklan klien kami :- 1) TIADA UNSUR-UNSUR LEMAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 2) TIADA UNSUR-UNSUR MINYAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 3) TIADA MANA-MANA BAHAGINA BINATANG DALAM PRODUK KAMI Harap kami akan mendapat jawapan dari pihak tuan pada esok hari (Jumaat - 28/12/12). Sekian. Terima kasih. Yang benar, YatiUntuk makluman tuan ketiga-tiga ayat tersebut betul bergantung pada unsur yang hendak diketengahkan sama ada lemaknya atau lemaknya atau mana-mana bahagian yang lain.Tatabahasa27.12.2012
Seperti dalam fail

Untuk makluman, kandungan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi disediakan dan disusun oleh jawatankuasa khas dengan merujuk panduan yang tertentu. Bagi nama negara di luar Malaysia, nama-nama perlu dieja dalam bahasa bahasa Melayu atau diterjemahkan (penyesuaian ejaan) jika perlu. Nama yang digunakan adalah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Nama Negara dan ibu negara yang telah biasa dikenali dengan nama dalam bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan konteks kebangsaan. Manakala, istilah-istilah umum/rupa bumi/istilah khas yang berkaitan dengan penamaan geografi hendaklah diterjemahkan sesuai dengan konteksnya ke dalam bahasa Melayu. Ejaan nama negara luar Malaysia dalam bahasa Melayu perlu digalakkan penggunaannya bagi memastikan nama-nama tersebut dapat terus diketengahkan dan diguna pakai dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Lain-lain01.03.2021
12

Kembali ke atas