Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimasuki air


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang?

Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut:

1.   Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput.  atau: Abang mengambil upah memotong rumput  pada setiap petang.

2.  Ahli bomba memadamkan api dengan air paip.

3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.

  (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah  petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.)

4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya.

  (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk  keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas.  Misalnya, bunga yang telah kembang  itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang  merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ).

Tatabahasa09.04.2009

Kembali ke atas