Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
86You can catch more flies with honey than with vinegarUntuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)Air yang dingin juga dapat memadami apiIf you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, air yang dingin juga dapat memadami api.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas