Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma] | دراما

Definisi : 1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Drama-drama 'ganas' ajar orang jadi penyamunAhmad IdrisVariasari1 April 2006
Drama-drama dekad 80-anRahmah BujangDewan Sastera1 May 1988
Drama-drama Kala DewataNorzeha KasbiDewan Sastera1 October 1991
Variasi penggunaan gaya dalam drama-drama sejarah MalaysiaMana SikanaDewan Bahasa1 September 1980
Mengkritik beberapa aspek skrip drama pentas drama "Tamu-tamu" dalam antologi Sasterawan BangsaEna Herni WasliBahana1 September 2004
Penghayatan drama: bentuk dan penjenisan dramaMohd. Pauzi MahmadKarya1 February 1998
Estetika drama Melayu kontemporari: antologi drama 1400Rahmah BujangJurnal Pengajian Melayu1 January 1991
Estetika drama Melayu kontemporari: antologi drama 1400Rahmah BujangJurnal Pengajian Melayu1 January 1991
Drama Berarak Mendung Kelabu di RTM1Noridawati NahrawiKeluarga Harmoni15 March 2007
Drama Perlu DipentaskanA. Wahab HamzahTunas Cipta1 August 2006
12345678910...

Kembali ke atas