Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma] | دراما

Definisi : 1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dra.ma] | دراما

Definisi : cerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. ~ satira 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Drama-drama kita perlu diisi dengan moralMana SikanaUtusan Zaman02.05.1982
Drama-drama kita perlu diisi dengan moralMana SikanaUtusan Zaman02.05.1982
Drama-drama swasta menghiburkanTiadaUtusan Malaysia11.09.1985
Pelakon perlu menjiwai permasalahan berat dalam drama-drama televisyenFauziah Hj SamadUtusan Malaysia12.02.1986
Drama radio sebelum kemunculan TV di SarawakWartawan KitaUtusan Sarawak18.09.2008
Drama wajar ketengah penyelesaianTiadaBerita Harian28.12.2006
Drama PertarunganYusmiyani YusoffBerita Minggu02.03.2008
Drama mistik, tahyul beri kesan negatifTiadaKosmo Ahad18.11.2007
Drama tidak berpengarah (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia15.10.2007
Drama Melayu pelakon CinaWan Asrudi Wan HasanHarian Metro20.09.2007
12345678910...

Kembali ke atas