Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma] | دراما

Definisi : 1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama


Majalah

Dewan Masyarakat | 2012 | Mac
Ekonomi Pengambilalihan PROTON oleh DRB-HICOM Bhd. mampu memulihkan kembali penguasaan kereta nasional dalam pasaran negara. Share Pentingnya Mise en Scene dalam Filem Filem Sekiranya penonton berasa wujud kejanggalan seperti drama Pendekar, hal itu bermaksud pengarah seni dan pengarah gagal menghasilkan mise en scene yang baik. Share Implan Pengganti Gigi Kekal Kesihatan Ternyata kejayaan pakar pergigian tempatan menghasilkan implan gigi yang

Kembali ke atas