apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk duit raya? sekeping duit raya? sesampul duit raya? satu sampul duit raya? atau tak perlu kepada penjodoh bilangan? | Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan untuk duit raya. Duit raya dinyatakan dalam bentuk kuantiti sama ada banyak, sedikit atau seumpamanya. | Tatabahasa | 28.08.2021 |
Ayat manakah betul penggunaan penanda wacana memberi contoh? 1. Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. 2. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Kedua-dua ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2015 |
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | 2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan, merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama. 3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini! 4. Betul. 5. Betul. 6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang. 8. Betul. 9. Betul. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu. 11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu. Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit. | Makna | 12.05.2020 |
Memperkecil/Memperkecil-kecilkan nilai duit syiling. | Memperkecil nilai duit syiling. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Nak tanya, sepatutnya kita guna "berpuluh kali" ke atau "berpuluh-puluh kali" untuk menggantikan huruf X pada ayat berikut: "Sudah X mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini." | Sudah berpuluh-puluh kali mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini." | Tatabahasa | 05.10.2022 |
Soalan saya mengenai penggunaan "dari" dan "daripada". Berdasarkan ulasan-ulasan yang diberi oleh dbp, ayat yang betul ialah "Dia mengeluarkan duit daripada dompetnya." Tetapi, contoh ayat yang diberi oleh dbp bagi perkataan "dompet" ialah" Dia mengeluarkan duit dari dompetnya." Apakah contoh ayat itu mengandungi kesilapan? Bolehkan "dompet" dianggap sebagai sebuah tempat dari mana duit dikeluarkan? maka penggunaan "dari dompet" juga betul? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan jawapan dalam PRPM yang lalu, jawapan betul yang diberikan ialah Dia mengeluarkan wang daripada dompet bukannya Dia mengeluarkan wang dari dompet. | Tatabahasa | 31.08.2020 |
Bagaimana Kelab Sukan memastikan duit yang diperoleh dibelanjakan dengan berhemah? Tolong betulkan. Terima kasih | Ayat yang lebih sesuai: Bagaimana Kelab Sukan dapat memastikan duit dibelanjakan dengan berhemah? | Lain-lain | 18.05.2017 |
Penggunaan kata pada sampul duit raya. Selamat Hari Raya atau Selamat Menyambut Hari Raya | Kedua-dua frasa "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Menyambut Hari Raya" boleh digunakan pada sampul duit raya. | Tatabahasa | 25.03.2024 |
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Ayat yang betul ialah Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Tatabahasa | 15.09.2014 |