Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[duit] | دوءيت

Definisi : 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[duit] | دوءيت

Definisi : 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa har­ganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh se­seorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hi­dupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya me­mikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

367

Many a little makes a mickle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit ? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Duit syiling - 50senDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Duit syiling semasa Sultan Mansur Shah di MelakaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Duit KertasDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Buat duit dengan seminarPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2009978-967-5226-57-1
Seuncang duit untuk ibuPustaka Sistem PelajaranTiada1978 
Peti duit terbakarMc-Graw-Hill Far Eastern PublishersTiada1980 
Buat duit dengan menulisPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2011978-983-3376-21-6
Cari duit cara mudah sebagai penulis bebasPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2011978-983-3585-31-1
Buat duit dengan menulisPTS Publications & Distributors Sdn BhdTiada2006983-3376-21-5
Buat duit dengan blogPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2009978-967-5226-09-0
12

Kembali ke atas