Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[duit] | دوءيت

Definisi : 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[duit] | دوءيت

Definisi : 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa har­ganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh se­seorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hi­dupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya me­mikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

367

Many a little makes a mickle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit ? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » December
keluaran Disember 2014. Posted in: Tradisi 0 Comments Pasar Nostalgia admin on December 1st, 2014 Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman R M80 ribu! Itu nilai harga yang diletakkan untuk sekeping duit syiling negara ini keluaran tahun 1969 yang dijual kepada seorang pengumpul barangan lama di Singapura. Bagi orang biasa, harga itu mungkin tidak masuk akal. Sudahlah mahal, dijual pula di tempat antik. Azilan, yang lebih mesra disapa dengan panggilan Allen oleh rakan dan pengumpul barang antik, sudah mempunyai pengalaman berniaga lebih daripada 20 tahun. Namun demikian, minatnya terhadap barang antik, terutama duit, mula menapak dalam diri sejak tahun 2008. “Abang mula berniaga sejak tahun 1989. Ketika itu, berniaga kecil-kecilan sahaja. Lebih kepada barangan kraf tangan,” jelas Allen yang dilahirkan dan dibesarkan
Dewan Budaya » 2014 » November
tetap menghiburkan pengunjung –itulah prinsip seseorang busker . Persembahan jalanan ini mempunyai sejarah yang panjang. Menurut catatan, sejak zaman Rom lagi, busker sudah wujud. Pada ketika itu, masyarakat Rom akan membaling duit syiling untuk penghibur yang membuat persembahan. Persembahannya pula biasanya diadakan di dataran bandar atau sepanjang jalan raya. Rentetan daripada itu, zaman pertengahan di Eropah menyaksikan persembahan jalanan ini semakin berkembang London, sementara latar masanya awal abad ke-20. Di sekelilingnya, ada penonton. Setelah selesai persembahannya, Bert meletakkan topinya di kaki lima itu. Turut diletakkan di dalam topi itu beberapa keping duit syiling. Ada penonton persembahannya yang meletakkan duit syiling di dalam topi itu, sebagai tanda penghargaan; tidak ketinggalan juga yang berlalu pergi begitu sahaja, mungkin tidak menyukainya. Di medan selera Tanglin
Dewan Budaya » 2012 » March
Penonton tidak dihidangkan jenayah itu sahaja, malah dibawa untuk mengenali kisah peribadi dua watak utama ini. Am, abang yang menyayangi adiknya dengan cara realistik. Dia juga egois serta mempercayai kuasa duit menentukan kejayaan hidupnya. Ad pula seorang remaja yang kekurangan kasih sayang ibu bapa, dan mencari kasih sayang tersebut daripada seorang kawan, Razak. Apabila Razak meninggal dunia secara tiba-tiba Ad

Kembali ke atas