Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.laun] | ايلاءون

Definisi : (élaun) bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa bermalam (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.laun] | ايلاءون

Definisi : /élaun/ wang yg dibayarkan kpd seseorang kerana melakukan kerja-kerja atau perkara-perkara yg tertentu; tunjangan. ~ makan elaun yg diberikan utk perbelanjaan makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elaun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih.Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai  lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih.

Tuan,

Frasa ayat yang tepat ialah:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku.....

Tatabahasa07.04.2009
betulkah tajuk surat seperti ini - "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan Ke Kejohanan Sukan 2012"?Ejaan yang betul ialah "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan ke Kejohanan Sukan 2012".Ejaan27.06.2012
Asalam, saya nak bertanya. Adakah pelajar yang membuat latihan industri di dbp akan mendapat elaun ?Salam saudara,

Berhubung dengan pertanyaan tersebut, pihak tuan bolehlah menghubungi Akademi DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bayaran elaun latihan industri tersebut, melalui talian telefon 03-2147 0220.

Sekian, untuk makluman.
Lain-lain22.07.2020
adakah dewan bahasa dan pustaka mengambil pelajar untuk membuat latihan industri dan adakah akan memberi elaun ketika latihan industri?Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa mengalu-alukan permohonan pelajar IPT untuk menjalani Latihan Industri. Kuota tahunan maksimum seramai 30 orang. Pelatih akan menerima elaun sebanyak RM10.00 sehari mengikut hari bekerja. Permohonan mestilah dikemukakan melalui pihak universiti dan permohonan secara individu tidak akan dilayan. Terima kasih atas minat dan sokongan saudara terhadap organisasi kami.Lain-lain11.07.2011
Apakah satu keselahan tatabahasa atau satu kesalahan kata dalam ayat di bawah? Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan inisiatif berupa elaun tamabahan pada setiap bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman negara ini.Ayat yang betul ialah Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan elaun tambahan pada setiap bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pendalaman negara.Tatabahasa14.08.2021
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP

Encik Sallehuddin,

Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini.

Lain-lain01.10.2010
(Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan makna 'over and above' bermaksud di samping, selain (drpd): he gets allowances ~ and above his salary, dia mendapat elaun selain gajinya.) Terimakasih atas jawapan. Walau bagaimanapun saya ingin mendapat penjelasan lanjut tentang "over and above". Adakalanya terjemahan 'disamping' tidak sesuai digunakan., kerana "over and above" menunjukkan sesuai subjek berada pada tahap yang lebih tinggi dan melebihi subjek yang lagi satu. 'Disamping' hanya menunjukkan ianya berada pada kedudukan yang sama, dan ianya hanya menjelaskan tentang tambahan. Pohon komen tuan/puan. Sekian, terima kasih.Penggunaan sesuatu istilah untuk  terjemahan dalam ayat bergantung pada bidang/konsep/kesesuaian makna. Istilah19.10.2009
Saya pelajar tahun 3 Program pengajian Bhasa Inggeris UKM yg akan berpraktikal pd Mei 2011. Boleh saya tahu ttg praktikal di DBP? , brapa lama?, adakah trdpt elaun dan cra mghubungi? trima ksh. shazan UKM

Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my.

Lain-lain09.08.2010
permohonan khidmat nasihat pembetulan ayat. saya sediakan lampiran di bawah.Tuan boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui dbpsahbahasa.gov.my. Dalam lampiran tuan, terdapat kesalahan bahasa dan pembetulannya adalah seperti yang berikut:
1. JURU KIMPAL (pembetulan: JURUKIMPAL)
2. Tawaran gaji & elaun yang menarik disediakan (pembetulan: Tawaran gaji dan elaun yang menarik disediakan)
3. hp (pembetulan: TB)
4. OFFICE (Pembetulan: PEJABAT: ) 
Lain-lain06.07.2017
12

Kembali ke atas