Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.laun] | ايلاءون

Definisi : (élaun) bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa bermalam (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elaun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advertising allowanceelaun pengiklananKomunikasiKorporatPeruntukan sejumlah belanjawan untuk kos pengiklanan daripada pengilang kepada peruncit bagi tujuan promosi dan pengiklanan dikawasan sesuatu barangan diedarkan. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan aktiviti pengiklanan dengan keperluan budaya tempatan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Agensi pengiklanan dan promosi di peringkat tempatan kerap digunakan dan dirujuk sebagai perunding untuk melaksanakan aktiviti pengiklanan dan publisiti tersebut secara lebih berkesan. Pelbagai pendekatan digunakan untuk melaksanakan pembayaran elaun pengiklanan berdasarkan polisi syarikat dan persetujuan antara pengilang dengan peruncit. Pembayaran tidak dilakukan secara tunai, sebaliknya pengedar dan peruncit memperoleh elaun melalui pengurangan bayaran untuk barangan yang didapati daripada pengilang. Elaun pengiklanan dikenali juga sebagai elaun promosi.
allowanceselaunKomunikasiKorporatPengurangan harga, bayaran atau pertimbangan yang diberikan oleh pembekal kepada pengedar dan peruncit. Tujuannya adalah untuk memberikan galakan kepada pihak pengedar dan peruncit memasarkan barangan dengan leih cekap. Selain itu, pemberian elaun merupakan insentif kepada pengedar dan peruncit supaya memberikan keutamaan kepada promosi barangan berkenaan, terutamanya baru yang diperkenalkan di pasaran.
recommended dietary allowance RDAelaun diet sarananMakanan dan PemakananTeknologi MakananPengambilan protein, vitamin dan mineral tertentu yang disyorkan untuk memenuhi keperluan pemakanan yang sihat.
additional first year allowanceelaun tambahan tahun pertamaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPelupusan susut harga bagi tujuan cukai setinggi 20% dalam tahun pertama bagi peralatan yang hayat perkhidmatannya melebihi 6 tahun.

Kembali ke atas