Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enabling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya telah memeriksa kamus DBP, "enabling" adalah perkataan Bahasa Inggeris untuk kata "pembolehan". Saya ingin memastikan adakan "enablement/enabling" sama maksud dengan pembolehan? Jika ia tidak membawa maksud yang sama, apakah maksud yang paling hampir dengan "enablement" Terima Kasih. Saya turut sediakan file, di mana terdapat contoh pengguna perkataan "enablement" atau "pembolehan"Enablement/enabling berasal daripada kata dasar enable. Enable/enabling  bermaksud membolehkan, manakala enablement ialah pembolehan. Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang  hendak digunakan. Terima kasih. Istilah02.02.2009
salam, tepatkah jika sy menterjemahkan enable/enabling= dayakan/mendayakan; disable=nyahdaya? konteks ayat untuk penggunaan software.terima kasih

Cadangan padanan terjemahan untuk enable/enabling ialah membolehkan, manakala disable ialah lumpuh, kelumpuhan. Walau bagaimanapun,  padanan yang tuan beri bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya dalam bidang tertentu.



Penyemakan dan penterjemahan09.04.2021
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi "Training Authorisation Document" dan "Enabling Objective"? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Training Authorisation Document = Dokumen Pemberikuasaan Latihan/Dokumen Pengizinan Latihan

2. Enabling Objective = Objektif Pemboleh

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa.
Istilah16.02.2021
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn.Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Quick Back"? Adakah "Kembali Segera" sesuai digunakan? "Quick Back" merupakan salah satu tetapan pelayar (browser). Contoh ayat: Enabling Quick Back may cause certain webpage incompatibility problem. Terima kasih.Untuk makluman puan, istilah "quick back" tidak terdapat dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan bahasa Melayu bagi istilah "quick back" ialah "kembali pantas".Istilah03.11.2013

Kembali ke atas