Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ham] | فهم

Definisi : 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(8)

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sayneedless to ~, faham-faham sajalah: needless to ~, the teacher’s pet was chosen as the class monitor, faham-faham sajalah, kesayangan guru kita telah dilantik menjadi ketua darjah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twig2vi & vt (colloq) tak faham-faham: he didn’t ~ what I meant, dia tak faham-faham apa maksud saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleardo I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: I’ve got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now let’s get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard – is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari – faham?; make it ~, approp v + dgn jelas:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
racialistn 1. person who advocates or believes in racialism , (orang yg) menganut /faham unggul bangsa, faham perkauman, rasialisme/; 2. person who practises racialism , orang yg bersikap perkauman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
understand6. believe, faham: I ~ he has a flat in London, yg saya faham, dia mempunyai sebuah rumah pangsa di London; she and her mother-in-law, I ~, are not on good terms, yg saya faham, hubungan dia dan ibu mentuanya tdk begitu baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
understandvi 1. comprehend, faham: the child is too young to ~, budak itu terlalu mentah utk faham; the more he read the less he understood, lagi banyak dia membaca lagi kurang dia faham;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figure~ so. out, (US), (colloq) faham sso: can you ~ him out? I can’t, kamu faham dia? Saya tak; ~ st out, (US), (colloq) a. calculate st, kira sst: have you ~d out how much the hotel will cost us, kamu sudah kira berapa kita kena bayar hotel; b. understand st, faham sst: I can’t ~ out what he is trying to say,saya tak faham apa yg hendak dikatakannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
misunderstandingn 1. failure to understand, salah faham: there was some ~ about the time of the meeting, terdapat sedikit salah faham ttg waktu mesyuarat itu; 2. disagreement, perselisihan faham: the ~ between the two countrieKamus Inggeris-Melayu Dewan
misapprehendvt /salah, silap/ faham: he ~ed my meaning, dia salah faham akan maksud saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
understand2. believe, faham: he has, I ~, no intention of resigning, yg saya faham, dia tdk ada niat utk meletakkan jawatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas