Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ham] | فهم

Definisi : 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(8)

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » November
saya baca bunyi syair”, teraju utama filem tersebut menyindir mereka yang membaca al-Quran secara berlagu. Dialog “Sudin baca bunyi Arab” ditujukan kepada golongan yang membaca al-Quran, tetapi tidak faham akan maksudnya kerana kitab suci itu ditulis dalam bahasa Arab. Kalangan yang tidak tahu langsung membaca al-Quran pula disindir melalui dialog “Ramli baca tak bunyi langsung”. Namun demikian, berapa
Dewan Budaya » 2015 » March
saling memahami timbul dengan lebih cepat dan perbualan menjadi lebih rancak. Ketika menyampaikan syarahan yang dapat dianggap sebagai majlis rasmi, beliau menggunakan bahasa ibundanya walaupun 99 peratus daripada audiens tidak faham akan bahasa tersebut. Penyampaiannya lancar, mungkin kerana menggunakan bahasa ibundanya, dan tidak bercampur aduk dengan bahasa lain. Syarahannya itu kemudiannya diterjemahkan oleh penterjemah untuk disampaikan kepada audiens dalam bahasa tempatan saling memahami timbul dengan lebih cepat dan perbualan menjadi lebih rancak. Ketika menyampaikan syarahan yang dapat dianggap sebagai majlis rasmi, beliau menggunakan bahasa ibundanya walaupun 99 peratus daripada audiens tidak faham akan bahasa tersebut. Penyampaiannya lancar, mungkin kerana menggunakan bahasa ibundanya, dan tidak bercampur aduk dengan bahasa lain. Syarahannya itu kemudiannya diterjemahkan oleh penterjemah untuk disampaikan kepada audiens dalam bahasa tempatan
Dewan Budaya » 2014 » August
penting dalam memupuk persefahaman dan perpaduan kaum. Sekiranya etnik-etnik tidak bergaul antara satu dengan yang lain, malah berpisah-pisah, tanpa berinteraksi antara budaya, maka kemungkinan besar akan timbul salah faham dan syak wasangka antara satu sama lain.” Demikian kata Profesor Madya Dr. Ting Chew Peh (sekarangTan Sri). Rukun Negara merupakan elemen penting dan khazanah yang paling berharga untuk rakyat Malaysia
Dewan Budaya » 2015 » June
Ismail berpendapat bahawa Awang dibeli oleh Magellan kerana kebolehannya mengendalikan bahtera. Hal ini bukanlah aneh kerana bangsa Melayu memang memiliki ilmu pelayaran dan ilmu perkapalan yang tinggi. Kalau nakhoda kuranglah faham, alamatnya kapal akan tenggelam. Menurut Hasrina Baharum yang memetik Mohd. Rohaizat Abdul Wahab, teks klasik China abad kelima dan ketujuh mendedahkan bahawa orang dari alam Melayu memiliki kapal yang mampu
Dewan Budaya » 2013 » March
seharusnya menjadi amalan generasi muda pada hari ini. Malah toleransi budaya turut terpancar dengan jelas melalui komunikasi. Kita akan berusaha menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan. Hal ini demikian kerana bahasa amat penting untuk kita bercerita tentang budaya, dan kita juga perlu luas pengetahuan tentang dialek tempatan bagi memudahkan komunikasi.Seperti “pak cik” nilai

Kembali ke atas