Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
bagaimana penggunaan kata - di dalam fikiran atau dalam fikiran. soalan kedua - adakah langit biru dan rumah putih itu kata majmuk

Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya".

Langit biru dan rumah putih - bukan kata majmuk. Kata majmuk bermaksud gabungan dua kata yang membawa makna tertentu.

Rumah putih akan menjadi kata majmuk sekiranya merujuk kepada maknanya selain daripada rumah yang berwarna putih. Contohnya rumah putih yang merujuk kepada "White house" di Amerika.

 

Tatabahasa04.11.2008
Salam..Ayat yang manakah betul dari segi kata hubung yang digunakan? 1. Fikiran Hanis runsing kerana memikirkan masalah keluarganya. 2.Fikiran Hanis runsing apabila memikirkan masalah keluarganya. 3.Fikiran Hanis runsing setelah memikirkan masalah keluarganya.Kerana dan apabila ialah kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan. Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya "kerana" digunakan di tengah-tengah ayat bagi menerangkan klausa utama. Kata hubung "apabila" pula lazimnya digunakan pada pangkal ayat. Manakala setelah pula membawa maksud sesudah, sehabis dan selepas. Kata "hubung" yang sesuai bagi ayat ini ialah Fikiran Hanis runsing kerana memikirkan masalah keluarganya.Tatabahasa18.03.2016
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas jawapan soalan-soalan yang lalu. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan penjodoh bilangan untuk perkataan, ayat, sajak, cerpen, karangan, esei, dan fikiran? Contoh: sebuah perkataan, sebuah sajak dan sebuah fikiran. Wassalam.Penjodoh bilangan bagi perkataan ialah patah perkataan, bagi sajak ialah buah,   potong,  rangkap atau bait bergantung pada bentuk sajak. Manakala bagi fikiran ialah sesuatu fikiran. Namun bukan semua perkara atau benda memerlukan penjodoh bilangan terutamanya perkara yang abstrak seperti fikiran, pendapat dan sebagainya.Lain-lain28.01.2009
Manakah yg betul. Difikiran atau di fikiran?Yang betul ialah dalam fikiran.Tatabahasa09.05.2014
Aktiviti senaman akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul?Aktiviti senaman akan melapangkan fikiran kita. Penggunaan kata bantu aspek (akan) kurang tepat dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa09.11.2016
salam. apakah golongan kata yang betul bagi "buah fikiran". adakah ia merupakan kata adjektif ataupun kata nama? mohon penjelasan. terima kasihBuah fikiran termasuk dalam golongan peribahasa.Lain-lain26.03.2013
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan;Tatabahasa12.10.2013
maksud bagi Bual Bicara?Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran.Makna23.04.2009
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasihAnjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. Tatabahasa09.02.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera tradisional atau moden?Pemikiran dalam karya bermaksud sesuatu fikiran atau idea yang ingin disampaikan atau dikongsi bersama oleh pengarang sesebuah karya kepada khalayak pembacanya. Pembaca yang membaca sesebuah karya sastera sama ada moden atau klasik untuk mencari sesuatu idea atau fikiran akan menjadi pembacaan menarik dan berkesan daripada membaca semata-mata kerana ingin mengetahui cerita atau untuk berhibur. Pemikiran dalam karya sastera boleh timbul daripada pelbagai persoalan seperti politik, ekonomi, agama, sosio-budaya dan sebagainya. Lain-lain24.07.2008
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
Tuan DBP, adakah "faham" semaksud "fahaman"? Setelah merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, baru saya dapati bahawa "faham" kata nama yang bermaksud hasil yang keluar setelah kita memahami sesuatu ehwal, iaitu pendapat kita, fikiran kita. "Fahaman" juga bermaksud hasil memahami itu. Jadi, adakah "faham" rupa asal yang sudah bermaksud hasil memahami dan "fahaman" terbitan berlebihan daripada rupa asal "faham"? Saya mengandaikan bahawa masyarakat kemudian menerbitan rupa "fahaman" kerana mengagak bahawa "faham" hanya kata perbuatan yang bermaksud "mengerti", jadi untuk menamakan perbuatan ini, akhiran-an ditambahkan untuk menerbitkan bentuk nama "fahaman" yang bermaksud "fikiran - hasil memahami". ("Hasil memahami" hasil bayangan - adakah kita dapat memandang hasil yang keluar setelah kita memahami sesuatu perkara? Hasil nyata adalah seperti "lukisan" - hasil melukis = gambar; "belian " - hasil membeli = barang yang telah dibeli) Soal lanjut saya terdapat dalam WordPad yang telah saya lampirkan. Pinta tuan dalami soal tersebut. Terima kasih.Berdasarkan maklumat dalam Kamus Pelajar, faham bermaksud tahu dan faham juga membawa maksud yang sama dengan fahaman, iaitu fikiran atau anggapan mengenai sesuatu. Tidak ada dalam sumber rujukan kami maklumat rinci tentang akar kata faham dan pembentukan kata fahaman. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kata dan etimologi kata, tuan boleh menghubungi dan bertanya terus kepada Ketua Bahagian Perkamusan, Puan Salmah binti Jabar melalui talian 03-21479000 atau e-mel salmah@dbp.gov.my. Beliaulah orang yang berwenang untuk menerangkan hal kata dan perkamusan.Tatabahasa04.12.2016
SAYA TELAH HASILKAN BEBERAPA KARYA SASTERA HASIL BUAH FIKIRAN SAYA SENDIRI DAN BELUM PERNAH DITERBITKAN DI MANA-MANA BUKU.KARYA SASTERA TERSEBUT BERUPA PUISI MODEN,CERPEN DAN NOVEL DALAM BAHASA MELAYU.OLEH ITU, SAYA INGIN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT PENULISAN SAYA INI,NAMUN SAYA TIDAK TAHU HENDAK BERMULA DARI PERINGKAT MANA.SELAIN ITU,SAYA INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENULIS MUDA DI MALAYSIA.SAYA JUGA TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH DI PERINGKAT SEKOLAH TERUTAMA DALAM AKTIVITI BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH.

Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berminat menjadi penulis. Ada beberapa cara puan boleh mengembangkan bakat penulisan puan, antaranya:

1.  Puan terus menulis dan mengirimkan karya puan kepada mana-mana penerbit untuk diterbitkan.

2. Puan menyertai bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis, ataupun oleh pihak swasta [misalnya syarikat akhbar dan Akademi Penulis (latihan@akademipenulis.com.), dan lain-lain]. Untuk meninjau peluang mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP,puan boleh menghubungi Pn. Hjh. Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran(e-mel: aisah@dbp.gov.my), atau En. Shahrun Nizal Mohd Nor (shahrun@dbp.gov.my) di Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA).

3. Puan menjadi ahli persatuan penulis di tempat/negeri puan supaya puan boleh berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis yang berpengalaman.

Untuk mengirimkan karya puan ke DBP, sila hubungi pegawai berikut:

(a) Pn Norimah Bajuri, (norimah@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, atau

(b) En Arshad Rawian (arshad@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja.

Lain-lain09.10.2010
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,pengaruh filem juga mendorong remaja terjebak dalam kes buli.Filem-filem yang mengandungi unsur gangsterisme yang dapat meracuni fikiran remaja.Mereka yang suka meniru pakai perbuatan pelakon dalam filem tersebut akan mencontohi perbuatan pelakon tersebut dan membuli pelajar lain.Mereka akan berasa bangga dengan keberanian mereka dan terlibat kegiatan negatif ini.Di samping itu, pengaruh filem juga mendorong remaja terjebak dalam kes buli. Filem-filem yang mengandungi unsur gangsterisme boleh meracuni fikiran remaja. Mereka akan berasa bangga dengan “keberanian” mereka dan terlibat kegiatan negatif ini.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
obsesiObsesi bermaksud sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna17.05.2010
berkaitan wacanaWacana ialah sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan.Makna21.03.2010
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay SevenUntuk makluman, makna “menyumbang”  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif.Makna22.12.2016
Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa..Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2008
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Lintas idea itu dalam fikiran saya ketika saya mendengar lagu. 2. Telur angsa berbentuk lonjong. Terima kasih.Ayat pertama tidak gramatis kerana perkataan lintas tidak membawa makan yang tepat dalam konteks ayat tersebut. Ayat kedua gramatis dan boleh digunakan.Tatabahasa15.10.2012
maksud nanoMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud nano ialah tidak tentu arah (fikiran).Makna06.06.2010
pengertian sikapAntara makna sikap ialah perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.10.2009
diingatkan atau diperingatkan?Perkataan ingat bermaksud mengenang sesuatu atau sesuatu yang timbul dalam fikiran. Kedua-dua perkataan tersebut diingatkan atau diperingatkan boleh digunakan mengikut konteks ayat.Tatabahasa18.04.2010
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''.

Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita.

Lain-lain12.04.2010
apakah padanan bagi takrifan kata self compassion (kompesi kendiri), self efficacy (efikasi kendiri), thought supression (pendam fikiran) yang bersesuaian jika diterjemahkan kepada ke bahasa melayu. terima kasih atas maklum balasUntuk makluman puan, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah self compassion dan thought supression dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, dalam data kami,terdapat padanan bahasa Melayu bagi compassion, iaitu belas kasihan yang diigunakan dalam bidang sejarah.

Manakala bagi padanan bahasa Melayu istilah supression ialah penekanan yang digunakan dalam istilah emotional supression, iaitu penekanan emosi yang digunakan dalam bidang pendidikan.


Padanan bahasa Melayu bagi self efficacy ialah efikasi kendiri.
Penyemakan dan penterjemahan04.03.2015
definisi budaya dan bercintaMaksud budaya merujuk Kamus Dewan edisi Keempat ialah tamadun, peradaban. 2. kemajuan fikiran, akal budi. 3. bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan yang sudah maju (akal budi). Bercinta pula ialah menaruh rasa cinta atau berahi anatara lelaki dan perempuan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat. Harap maklum.Makna27.08.2008
apa itu ciri-ciri penanda wacana?Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1Tatabahasa13.02.2007
maksud merewangMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merewang bermaksud 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll) 2. oleng (perahu dll)Makna03.07.2011
APA DIA WACANA KESEPADUAN DAN JUGA WACANA KERAPIAN? BOLEH JELASKAN SEDIKIT BERSERTA DENGAN CONTOH??Wacana bermaksud kesatuan fikiran sama ada lisan atau tulisan. Sepadu bermaksud satu kesatuan, berjalin. Rapi bermaksud teratur, kemas. Oleh yang demikian wacana yang sepadu dan rapi mempunyai ciri-ciri tersebut. Untuk mendapatkan contoh sila rujuk buku atau makalah berkaitan perkara ini di perpustakaan.Lain-lain17.10.2008
TERANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG PENANDA WACANA?Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP.Tatabahasa17.03.2007
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Bawang merah yang ditumbuk oleh ibu itu sudah retak. (2) Fikiran Ramli kecoh memikirkan beban hutangnya itu.Pada pandangan kami kedua-dua ayat adalah salah.Tatabahasa25.07.2014
penanada wancana yg hebat 1.berikan contoh 2.kegunaaanDalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1Tatabahasa09.09.2006
DEFINISI KECELARUAN BAHASA- DEFINISI FONETIK- SEBAB2 KECELARUAN BM BAKUMenurut Kamus Dewan, Kecelaruan ditakrifkan sebagai perihal bercelaru (bukan keadaan fikiran dll.)atau keadaan kacau bilau. Kecelaruan bahasa dikaitkan dengan tidak beraturan atau tidak tentu arah khususnya dalam bahasa. Fonetik pula bermaksud ilah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.Makna28.07.2006
makna sejarah manuskrip lamaTulisan masa lampau yang merakamkan budaya manusia. Konsep budaya di sini dihubungkan antara lain dengan buah fikiran, perasaan, kepercayaan, adat kebiasaan dan nilai-nilai yang berlaku pada waktu itu di dalam sesebuah masyarakat. Untuk melihat tahap sejarah sesebuah manuskrip diperlukan ilmu filologi.Lain-lain23.09.2008
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).Makna05.04.2011
Huraian wacana dalam bahasa melayu?Maksud istilah wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen. Sekian.  Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain30.07.2008
apakah maksud pendapat(opinion) dan berikan beberapa contoh2 pendapat serta berikan beberapa ahli falsafah yang mempunyai padangan terhadap perkataan ini???Pendapat ialah fikiran; pandangan; anggapan. Untuk maksud yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan.Makna19.09.2010
apakah orang gilaMenurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa;Lain-lain24.12.2007
Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu.Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratanMakna06.04.2010
kata lain bagi tinta, pena, minda

 

 Nur Kamarina,

 tinta - dakwat, Pena - pen dan minda - akal fikiran

Makna17.03.2010
apakah kesan kecelaruan bahasa terhadap pembakuan bahasa? apakah yang dimaksudkan dengan kecelaruan, dan contoh.Menurut Kamus Dewan, kecelaruan bermaksud perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll atau keadaan kacau-bilau). Bagi membantu saudara mencari apakah kesan kecelaruan bahasa ini, saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah atau buku terbitan Dewan Bahasa dan pustaka.Makna01.08.2007
definisi budaya berpasanganMerujuk Kamus Dewan, budaya ialah 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~; ~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa; Berpasangan pula ialah 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. Walau bagaimanapun,budaya tersebut boleh didefinasikan mengikut konteks yang bersesuaian.Lain-lain01.09.2010
ciri-ciri wacana dari segi maklumat dan keadaanWacana bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Juga membawa maksud kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ciri-cirinya bergantung kepada konteks wacana itu sendiri dan berubah-ubah daripad satu wacana ke wacana yang lain.Lain-lain18.10.2006
sila terangkan tentang wacana dalam bahasa melayu komunikasiMaksud istilah wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpenEjaan12.04.2005
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme?Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.11.2009
Apakah maksud " menyejukkan mata " ? Terima kasih.Menyejukkan mata ialah kiasan yang bermaksud menyenangkan mata dan pada lazimnya setiap perbuatan/perkara yang menyejukkan mata akan menenangkan fikiran, perasaan dan sebagainya.Makna27.06.2009
Benarkan perkataan budaya merupakan akronim daripada kata 'budi' dan 'daya'?Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Pandangan yang mengatakan "budaya" merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu "budhi" dan "daya" yang bermaksud kekuatan (kuasa, tenaga dan pengaruh) kecergasan fikiran dan akal mungkin ada kebenarannya kerana maksud "budaya" dalam Kamus Dewan meliputi maksud yang sama; iaitu 1. Tamadun, peradaban; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya); dan 3. bersifat budaya. Walau bagaimanpun, tuan/puan dinasihati menyemak pandangan tokoh-tokoh tempatan mengenai perkataan budaya seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain.



Istilah24.06.2015
Apakah ciri-ciri dan kepentingan mengaplikasikan wacana dalam penulisan karangan?Wacana ialah sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan karangan. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkan seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Amat penting untuk penulis menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.Tatabahasa12.03.2014
saya ingin bertanya mengenai definisi wacana,ungkapan wacana, jenis-jenis wacana, contoh ungkapan wacana dan juga kesesuaian penggunaan wacana dalam penulisan atau ucapan,terima kasih..Wacana bermaksud kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Untuk maklumat lanjut sila rujuk  tulisan/buku yang berkaitan.Tatabahasa13.08.2008
APAKAH MASA DEPAN PELAJAR SEPERTI SAYA YANG MENGAMBIL STPM UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU?Sdr. boleh melanjutkan pelajaran sdr. ke peringkat paling tinggi dan seterusnya memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, fikiran dan kerjasama kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh mana-mana agensi atau badan awam mahupun swasta untuk terus memartabatkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan  dan bahasa rasmi negara.  Lain-lain19.04.2008
maksud wacana?Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.Tatabahasa12.03.2013
Apakah yang dimaksudkan kecelaruan minda lambang kehakisan intergritiMakna keseluruhan frasa tidak ada dalam sumber rujukan kami. Lazimnya kecelaruan minda dikaitkan dengan keadaan atau akal fikiran yang kacau bilau. Untuk makumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain11.04.2011
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI BAHASA MELAYU. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI DAN PERANANNYA. SATU LAGI,APAKAH MAKSUD KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPESONAL?Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu), atau antara maknusia, manakala komunikasi intrapersonal ialah kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain08.01.2009
Tolong berikan maklumat tentang bahasa semantik dan penggunaannya?Sematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa26.08.2006
apakah wacana dan penanda wacana?Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Tatabahasa28.03.2008
Salam. Saya ingin mengetahui pengertian semantik secara ringkas ? Sekian , terima kasihSematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa24.03.2012
Maksud tikaman bahasa dan contoh-contoh yang sesuai. Senaraikan contoh - contoh tikaman bahasa untuk tujuan pertandingan bulan bahasa. Maksud perbahasan dan debat . Juga contoh format untuk pertandingan dan bentuk penulisan esei.Perbahasan bermaksud pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan.Lain-lain04.08.2010
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik"

Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer.  

Makna27.01.2008
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia?

Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

Istilah20.04.2010
apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal..

Saudara Ismah,

Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.04.2010
Apakah pengertian Mekanikal dari segi bahasa dan undang-undang. apakah maksud alat ganti proprietary dan alat proprietaryMekanikal bermaksud sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dll); atau secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4). Alat ganti proprietari bagi istilah perubatan bermaksud alat (alat ganti) yang dibuat atau diagih-agihkan oleh pemiliknya.Makna26.11.2007
Apakah maksud 'bahasa' dan 'slanga' menurut kamus dewan edisi keempat? Apakah maksud bahasa slanga menuruyt kamus dewan keempatBahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran dan slanga ialah slanga kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).Makna15.08.2014
Ada tak perkataan 'anekdot' dan apakah maksudnya secara terperinci?Perkataan anekdot bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa) atau  kisah pendek yang benar, lucu, aneh dan menarik tentang sifat atau fikiran khusus seseorang tokoh.Makna07.09.2009
Apakah maksud melankolia?Maksud melankolia ialah  penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.Makna19.02.2010
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
bolehkah penanda wacana tambahan pula digunakan di hadapan ayat? ataupun lebih sesuai digunakan di tengah ayat?Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog dsb. yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Penanda wacana wujud adalah untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Cth. penada penghubung, penanda rujukan,penggantian,leksikaldan elipsis atau pengguguran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 523.  .   Tatabahasa18.01.2009
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU?Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. Lain-lain25.03.2009
1) Perkataan Seerti dengan berita. 2) Apa maksud wacana ilmu.perkataan seerti berita ialah pengumuman, perkhabaran. pemakluman dan wacana ialah1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; ------- ilmuMakna03.12.2007
apakah aspek semantik dalam aspek wacanaMenurut Kamus Dewan, Semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Wacana pula pula bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan atau kesatuan fikiran yang utuh. aspek semantik dalam aspek wacana biasanya dikaitkan dengan kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata dalam pertuturan, percakapan atau perbincangan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.Lain-lain25.08.2006
bagaimanakah perbezaan antara penggunaan dalam dan di dalam?Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa09.09.2013
apakah perbezaa antara adat dengan budaya?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud adat ialah peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi. Manakala budaya pula ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.03.2009
Rose Merah Nov 28th, 1:36am Salam sejahtera, sy ada sedikit soalan, apakah peranan subjek bahasa melayu di sekolah? Jika subjek agama berperanan bagi mendidik akhlak dan mengenal hukum , jika subjek sejarah adalah bagi melahirkan masyarakat yg tahu tentang peristiwa2 penting bagi membentuk suatu kesedaran dan pengajaran serta boleh menjadi alat kepada buah fikiran masyakat dlm suatu keadaan, matematik digunapakai , dipraktikkan bagi urusan kira2 dalam kehidupan harian, tp bagaimana pula dgn peranan subjek bahasa melayu? Bukankah orang melayu sememangnya tahu berbahasa melayu? Pembelajaran adalah kaedah bagi merubah ketidaktahuan kepada pengetahuan, dan apabila sy yg yakin, sememangnya ada peranan subjek bahasa melayu tersebut dalam kehidupan harian,bukan hanya sekadar memperkenalkan apa itu 'bahasa melayu' bukan? Apa yang saya nampak disini , ramai penulis2 muda yang menulis tanpa mengambil berat mengenai tatanan kata2, tatabahasa rosak, dan bagi mereka ianya tidak penting , dan sy percaya, ketaksedaran inilah yang menjadi alasan mengapa subjek bahasa melayu diperkenalkan disekolah. Jadi, saya harap tuan/puan beri pencerahan kpada sy, apa lagi peranan subjek ini kepada masyarakat terutama kepada sy yg cintakan 'bahasa ibunda' ini.Bahasa merupakan wadah atau alat untuk menyampaikan buah fikiran atau dalam maksud yang lebih luas bahasa merupakan alat menyebarkan ilmu. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengungkap peradaban dalam sebuah tradisi ilmu agung yang berkembang beribu-ribu tahun lamanya. Sistem pendidikan negara yang berbahasa pengantar bahasa Melayu telah membentuk suatu kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai, dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Penulis terkenal dalam bahasa Melayu merupakan seniman yang menggunakan perkataan, ayat dan tanda baca. Seni penulisan menjadi ujian dan ukuran kepintaran seseorang penulis melahirkan buah fikirannya. Dalam hal ini, kemahiran berbahasa Melayu tinggi amat penting bagi menjamin kelestarian berbahasa. Apa-apa jua bahan yang didokumenkan pada masa kini, termasuklah penulisan dan penerbitan dalam pelbagai genre akan menjadi citra kepada generasi yang akan datang dalam menilai keutuhan pembinaan tamadun bangsa. Maka, di sinilah letaknya kepentingan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu telah berjaya dan terbukti dalam mengungkapkan segenap bidang ilmu termasuklah matematik, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, pengurusan, kedoktoran, undang-undang, perakaunan dan diplomatik.Lain-lain28.11.2015
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. dukaDalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat.  

Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;

Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka.
Tatabahasa03.09.2013
Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaruAyat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran).Tatabahasa03.05.2010
1.Apakah maksud perkataan menggalang ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri;      3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna04.03.2010
apakah maksud penanda wacana dan apakah fungsi penanda wacana. terima kasih
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, edisi Ketiga.  
Tatabahasa18.02.2012
takrif dan konsep wacana

Wacana:

1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan;

2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu;

3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;

Lain-lain26.08.2009
apakah itu keutuhan wacana? apa yang boleh dipanggil sebagai wacana?

Wacana:- 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;

 

Makna30.10.2008
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007
1. Adakah penggunaan perkataan "masak" betul bagi ayat ini : Abang Kamal memetik sayur yang masak di kebun datuk. 2. Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan 'masak' dan 'matang'? 3. Adakah penggunaan perkataan 'masak' dan 'matang' hanya dalam benda-benda tertentu ? Contohnya masak hanya digunakan dalam buah-buahan, fikiran dll. Terima kasih.Selamat pagi;

1. Penggunaan perkataan masak boleh digunakan bagi ayat: Abang Kamal memetik sayur yang masak di kebun datuk.
2. Soalan 2 dan 3:  Penggunaan perkataan 'masak' dan 'matang boleh digunakan mengikut konteks penggunaan. Sila rujuk kamus DBP.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.09.2016
1) PENGGUNAAN SLOGAN 'TERISI MINDA DENGAN KAMI' ATAU 'MINDA TERISI DENGAN KAMI' MOHON PENCERAHANPada pandangan kami pihak yang mencipta slogan ini lebih arif mengenai makna/maksud yang hendak disampaikan. Apa yang dapat kami bantu ialah memberi maksud terisi ialah telah diisikan; minda bermaksud akal fikiran atau daya berfikir; dan dengan kami bermaksud bersama kami.Tatabahasa30.05.2013
Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa04.02.2013
Antara gagasan dan wawasan yang mana lebih utama@lebih hebatWawasam membawa maksud: 1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi 2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi. Manakala, gagasan membawa maksud buah fikiran yg dijadikan saranan, idea. Jika melihat dari segi makna, wawasan ialah pandangan yang jauh.Makna19.03.2015
wancana apakah maksudnya atau wacana apakah maksudnya

Saudara,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana bermaksud 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;

Makna29.08.2009
Perasaan bimbang menyelubungi emak kerana abang masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam. perkataan menyelubungi boleh diganti dengan menghantui? jika tidak apakah perkataan yang paling sesuai. terima kasihPerasaan bimbang menyelubungi emak kerana abang masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam. Menghantui (bermaksud mengganggu fikiran) - boleh menggantikan menyelubungi.Tatabahasa01.08.2008
Bolehkah tuan berikan makna Wacana Bahasa Melayu dan terdapatkah buku khusus yang membahaskan Wacana BM?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Saudara boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau Jabatan Linguistik/Jabatan Pengajian Melayu untuk mengetahui tentang buku-buku khusus yang membicarakan wacana bahasa Melayu.

Makna16.01.2008
soalan yang pertama,bolehkah anda memberikan definisi bagi bangsa dan bahasa melayu.dan apakah saranan yang patut dilakukan untuk menaikkan mutu bahasa melayu agar menjadi bahasa yang penting.

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa merupakan kata-kata yang disusun menurut tatabahasa  dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan.

Bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya. bangsa ialah kumpulan manusia yang menjadi rakyat sesbuah negara.

Untuk meningkatkan mutu bahasa Melayu agar menjadi bahasa penting pelbagai usaha boleh dilaksanakan. Antaranya memastikan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi terus digunakan dalam semua urusan dan bidang ilmu  di semua peringkat pendidikan. Saudara boleh merujuk makalah tentang bahasa Melayu dalam buku, majalah dan akhbar tempatan.    

Makna29.04.2008
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"?Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran.Makna05.03.2013
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyakAntara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
Tatabahasa21.07.2012
Mohon pihak DPB menjelaskan tentang maksud frasa "kecelaruan minda" dan apakah kaitannya kecelaruan minda dengan kehakisan nilai integriti. Terima kasih.Makna keseluruhan frasa secara terperinci tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun kecelaruan bermaksud tidak tentu arah atau kacau-bilau dan apabila dikaitkan dengan minda ini bermaksud akal fikiran yang tidak tentu arah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk makalah yang berkaitan.Makna03.04.2011
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong..............

Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan  dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan.

Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll)

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan.

Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli.

Survivor bermaksud yang terselamat.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.    

Makna28.01.2008
kemusykilan tentang kata sendi nama. mana yang betul. 1) didalam senarai.. 2) di dalam senarai.. penjelasan?'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. oleh itu, ayat yang betul ialah : dalam senarai..Tatabahasa02.02.2013
terangkan penggunaan dalam dan didalam."Di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. "Dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa09.09.2013
Assalamualaikum, keliru : 1. penggunaan 'di dalam' untuk apa dan bila? 2. penggunaan 'dalam' untuk apa dan bila?Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa24.09.2012
Selamat petang tuan. Masalah kali ini berkisar di keliling "mencatat" dengan "mencatatkan" dan "mencipta" dengan "menciptakan". Antara pasangan pilihan itu, bentuk manakah yang patut dipilih - "mencatat" atau "mencatatkan", "mencipta" atau "menciptakan"? Saya ada pendirian kendiri dalam masalah ini. Pohon tuan menilik WordPad untuk memeriksa ulasan saya dan tuan berikanlah pendapat tatabahasalah tuan sendiri untuk memperbaik ulasan saya. Wordpad ini surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, lamun saya meminta juga tuan menyelesaikan masalah bahasa ini untuk saya kerana tuan lebih ahli dan lebih berpengalaman daripada saya.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mencipta bermaksud menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi (khayalan). Menciptakan bermaksud  1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dengan fikiran (kekuatan batin) 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yang baru  3. membuat (menjadikan) sesuatu daripada bahan-bahan yang lain 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll). Mencatat bermaksud 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dll) untuk peringatan (per­hatian pada masa hadapan dll 2. membuat, merintis, memelopori  3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll). Mencatatkan pula bermaksud 1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dalam buku, fail, dll) untuk peringatan (tatapan pada masa hadapan dll) 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk. Lampiran yang disertakan tidak boleh dibuka.Tatabahasa18.12.2016
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasihJawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat:

1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.
Lain-lain17.04.2014
Salam..saya ingin bertanya menjalankan aktiviti di taman dianggap sebagai aktiviti rekreasi. Bagaimana dgn membeli-belah di pasar, ke perputakaan,membaca buku cerita di rumah, bermain badminton dgn jiran, menonton tv dsb.?Dalam Kamus Dewan, "rekreasi" bermaksud kegiatan yang menye­ronok­kan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, seperti ber­istirahat dan menghiburkan hati. Oleh itu, aktiviti yang mempunyai ciri seperti maksud di atas boleh dikategorikan sebagai aktiviti rekreasi. Contohnya, aktiviti bermain badminton dengan jiran.Lain-lain17.03.2016
assalamualaikum...saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata dalam dan di dalam..'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa19.03.2012
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan satu** situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Kempen kebersihan itu tidak berjaya kerana sikap penduduk yang (a) 2. Semua barang di pasar raya Seng Soon dijual pada harga tetap. (a) 3. Jangalah mengikut (a) sebaliknya ikutlah fikiran.

Sdr. terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya kurang pasti apakah sebenarnya bentuk soalan yang ditanyakan? Harap dapat diberikan soalan sepenuhnya supaya mudah saya menangani jawapannya.

Makna28.04.2009
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009
beza kegunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Tatabahasa09.11.2016
Salam sejahtera..saya nak bertanya menjalankan aktiviti di taman dianggap sebagai aktiviti rekreasi. Bagaimana dgn membeli-belah di pasar, ke perputakaan,membaca buku cerita di rumah, bermain badminton dgn jiran, menonton tv dsb.?Dalam Kamus Dewan, "rekreasi" bermaksud kegiatan yang menye­ronok­kan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, seperti ber­istirahat dan menghiburkan hati. Oleh itu, aktiviti yang mempunyai ciri seperti maksud di atas boleh dikategorikan sebagai aktiviti rekreasi. Contohnya, aktiviti bermain badminton dengan jiran.Lain-lain17.03.2016
Beza penggunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Tatabahasa27.10.2015
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
apakah yang dimaksudkan dengan wacana? bolehkan berikan pembahagian yang terdapat dalam wacana?

Wacana: 

1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan;

2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu;

3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;

Makna16.09.2009
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
apakah maksud geliung ? dan maksud rasional ?

1. Geliung bermaksud sejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18

2. Rasional bermaksud i. alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan ii. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras  

Makna11.11.2011
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih.Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya.Tatabahasa08.12.2013
Persoalan tentang penggunaan "di dalam dan dalam". Yang manakah betul.? Antara nilai yang terdapat (di dalam / dalam) petikan ialah bersopan santun.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa29.08.2011
BERIKAN PENGERTIAN GURINDAM DAN ASAL-USUL SERTA CONTOH GURINDAM YANG BIASA DIPERDENGARKANIstilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu mempunyai pengaruh bahasa asing, namun bentuk gurindam itu diciptakan oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandung sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas dan digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Gurindam yang biasa diperkatakan dan dijadikan contoh terbaik sama ada dalam penciptaan atau didendangkan ialah Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji.Lain-lain04.12.2008
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.
Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.
Lain-lain28.08.2009
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'?

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

 

 

Lain-lain18.05.2010
Saya pelajar university fatoni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa melayu,pekataan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi membawa maksud perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.Makna12.04.2015
DEFINI INTEGRITI DAN PEMBUDAYAAN DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Mengikut Kamus Dewan, perkataan integriti mempunyai 2 maksud iaitu,  1. Kejujuran

 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; manakala pembudayaan daripada kata dasar budaya yang mempunyai 3 maksud iaitu, 1. tamadun, peradaban 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, 3. bersifat budaya yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi). Kedua-dua maksud yang diberikan merupakan maksud langsung yang digunakan dalam masyarakat tanpa memasukkan makna konsep.
Istilah24.09.2014
Apakah perbezaan antara rendah hati dan rendah diri? Adakah sikap rendah diri nilai murni?

Mengikut buku Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, rendah hati/diri ialah sikap tidak sombong; baik hati, pemurah. Secara umumnya kedua-dua sikap ini merupakan tabiat (budi pekerti) yang baik. Namun, secara terperinci, dalam data kami ada istilah kompleks rendah diri dalam istilah psikologi yang membawa maksud keadaan fikiran yang me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri.

Istilah13.05.2014
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih atas semua jawapan daripada pertanyaan saya sebelum ini. Soalan: Apakah perbedaan antara: 1. Seminar 2. Wacana 3. Diskusi 4. Konvensyen 5. Forum dan istilah-istilah yang sepertinya? Terima kasih.1. Seminar bermkasud perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu.

2. Wacana pula ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan.

3. Diskusi bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal.

4. Konvensyen ialah persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa .

5. Forum bermaksud perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka.

Tuan boleh merujuk atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian perkataan lain.
Makna22.10.2013
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan tidak diapit oleh ruangan bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul?Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang.Lain-lain14.01.2013
Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama sekiranya hadir sebelum kata nama. Bagaimana pula sekiranya perkataan dalam hadir sebelum kata kerja. Contoh ayat yang pernah saya baca dalam buku teks BM tingkatan 5 : Kita berasa bangga kerana rakyat Malaysia sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu perkara.Adakah salah penggunaan dalam melakukan dalam ayat tersebut.Frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Penggunaan perkataan "dalam"menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Penggunaan 'dalam'  dalam ayat yang dinyatakan ialah betul.
Tatabahasa12.01.2013
PERBEZAAN DALAM & DI DALAM

Saudari Julia,

'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Makna12.09.2012
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
saya tidak berapa jelas penggunaan ayat ini *di kalangan @ dalam kalangan *sifat rajin @ sikap rajin Apakah penanda wacana?Di ialah kata sendi yang menunjukkan tempat/arah sedangkan kalangan bermaksud lingkungan (bukan tempat/arah), antara dua frasa ini yang paling tepat ialah dalam kalangan. Yang betul ialah sifat rajin kerana sifat ialah keadaan yang dipunyai oleh orang. Penggunaan ungkapan tertentu yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan tersendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku dan inilah dinamai penanda wacana. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.Tatabahasa23.02.2009
1) MAKSUD WACANA 2) BINA CONTOH WACANA YANG MEMPERLIHATKAN HUBUNGAN DARI ASPEK SIMANTIK, LEKSIKAL, GRAMATIKAL, FONOLOGIS. 3) MAKSUD-SIMANTIK,LEKSIKAL,GRAMATIKAL,FONOLOGIS BERSERTA CONTOH DAN AYAT BAGI SETIAP ASPEK DI ATAS1. Wacana bermaksud i. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; ii. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; iii. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato). 2. Semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata, leksikal bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, fonologi berkaitan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Untuk perbincangan yang lebih mendalam sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Tatabahasa08.12.2008
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin bertanya tentang penggunaan 'dalam' atau 'di dalam' sesuatu perisian atau sistem komputer. Adakah setiap satu butang perisian itu boleh saya anggap sebagai ruang fizikal? Contohnya: Dalam/di dalam (nama perisian) anda akan belajar mengira. Terima kasih.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Penggunaan yang betul ialah dalam (nama perisian).
Tatabahasa18.04.2017
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'menyumbang' dan 'menyumbangkan'? Apakah perbezaan penggunaan imbuhan 'me-' dan imbuhan apitan 'me-' '-kan' dalam hal ini? Terima kasih atas khidmat nasihat.Menyumbang bermaksud: 1. mem­beri bantuan kepada orang yang mengadakan keramaian, Ketika mengahwinkan anak­nya dahulu, banyak orang yang menyumbang; dan 2. turut memberi sokongan atau bantuan (seperti wang ringgit, tenaga, Diharapkan tuan-tuan sekalian dapat menyumbang kepada syarikat kami dengan membeli saham yang kami keluarkan. Menyumbangkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai bantuan, Mereka telah menyumbangkan fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu.Tatabahasa11.02.2016
Tuan, saya difahamkan oleh buku Tatabahasa Dewan bahawa awalan pinjaman poli- memberikan pengertian 'banyak', jadi saya ingin menanyai tuan bahawa adakah saya boleh mengatakan perkataan seperti 'polikegunaan' yang bermaksud 'banyak kegunaan Walaupun kosa kata ini tidak dicatat di dalam mana-mana kamus, tetapi bolehkah saya membina perkataan ini dengan maksud awalan poli- ini? Jika tatabahasa membenarkan saya berbuat demikian, maka perkataan seperti polikerja rumah, polimakanan, polibarang niaga, polifikiran negatif, polipilihan juga boleh dikatakan sebagai maksud banyak kerja rumah, banyak barang niaga, banyak fikiran negatif dan banyak pilihan lah? Bolehkah macam itu?Awalan poli- ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum kata "banyak" yang digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Tidak tercatat dalam mana-mana buku sebagai satu kesalahan apabila kita menggunakan awalan poli- bagi menggantikan kata jamak, cuma bentuk itu tidak produktif dalam bentuk kata umum. Ada baiknya cadangan tuan ini dikemukakan kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan bagi mengesahkan taraf penggunaan bentuk kata tersebut sama ada gramatis atau sebaliknya.Tatabahasa13.11.2014
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat?

Mengikut Kamus Dewan, kata rasa mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa  manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa.  Contohnya: gula manis  rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang).  Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya.

 

Kata berasa pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal.  (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung.

Makna14.03.2014
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih.Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita.Tatabahasa07.04.2013
Salam sejahtera, Tuan/puan, Merujuk kepada khidmat nasihat 20.9.2011, frasa yang betul adalah dalam air. Mengapakah frasa di dalam air adalah salah? Minta penjelasan bagi penggunaan di dalam dan dalam. Terima kasih.Mengikut rumus tatabahasa frasa "di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam air. Kata sendi nama "dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kalangan. Frasa di dalam air betul dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa07.08.2012
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.  

Kelapangan bermaksud:

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.

3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.

Makna16.04.2011
definisi melukis dan menulisMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;Makna02.08.2010
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana?

Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.

Lain-lain20.08.2009
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih.

 

 Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

. berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4

berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga

Makna01.07.2009
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
Tuan, soal saya yang bertajuk " 'Dalam' - Nama atau Sendi Nama?" telah saya isikan dalam WordPad. Pohon tuan melihati soal saya dan memberikan pandangan tentang anggapan saya itu.Untuk makluman tuan, ruangan yang terhad ini bukanlah tempat yang sesuai berpolimek tentang isu bahasa yang memerlukan kajian rinci dan pembacaan yang menyeluruh, kecuali pratikal penggunaannya dalam konteks tertentu.

Dalam rujukan kami, penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:

Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.


Kami mengambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun, DBP berpegang kepada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama.

Tatabahasa15.11.2016
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud  sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna04.11.2016
Salam. Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1. "Kami membantu ibu memasak di dapur." atau "Kami membantu ibu memasak di dalam dapur."? 2. Seperti ayat di soalan 1, adakah perlu tambah bahan yang dimasak seperti memasak nasi atau memasak masakan atau memasak sayur? 2. Bolehkah terangkan penggunaan "di" dan "di dalam"? 3. "Kakak dan saya" atau "Saya dan kakak" lebih sesuai? Sekian, terima kasih.1. Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Maka ayat yang betul ialah "Kami membantu ibu memasak di dapur."

2. Penggunaan keterangan bahan yang dimasak boleh sahaja digunakan. Tidak menjadi sebarang masalah utnuk ayat seperti ini.

3. Pola ayat bahasa Melayu, subjek terdiri daripada frasa sendi nama, iaitu Saya dan kakak atau Kakak dan saya. Tidak ada peraturan berkaitan unsur dalam subjek tetapi kebiasaannya kita akan merujuk diri sendiri dahulu baharu orang yang mempunyai pertalian. Contohnya, saya dan ibu..., Saya dan nenek...
Tatabahasa16.01.2016
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian.Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. Makna10.11.2011
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden

Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh  -  puisi-puisi merdeka  mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh  -  karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan

5.   Berfungsi sebagai menghibur.  

Sekian dan wassalam.

Lain-lain14.03.2009
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009
    Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
    Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
    Tatabahasa22.12.2016
    Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

    Salam sejahtera,

    Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

        Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

    Tatabahasa13.10.2012
    saya tidak pasti penggunaan ialahvs adalah; dalam vs di dalam;dari vs daripada, atas vs di atas: bawah vs di bawah: sebutharga: berkuatkuasa dll seperti yang bertanda merah pada dokumen yang disertakan. Oleh kerana pekeliling begini sering diulang-ulang, saya berharap segala kesilapan dapat diperbetulkan dan kesilapan tidak diulang-ulang juga. Terima kasih.Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi.  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Kata arah "atas" hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ejaan yang betul ialah sebut harga, berkuat kuasa, alat tulis, mengenal pasti, mengambil kira, walau bagaimanapun, tanggung rugi, ganti rugi, dan walaupun. Puan boleh juga merujuk ejaan perkataan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa24.09.2012
    Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasihPantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal.Lain-lain30.05.2017
    1.Apakah perbezaan antara 'sajak', 'syair' dan 'pantun'?

    Secara ringkas persamaan pantun dan syair adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

    Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

    Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

    Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

     

    Lain-lain03.05.2016
    Dewan Bahasa dan Pustaka, frasa "di dalam buku" atau "dalam buku" lebih tepat? Saya beranggapan bahawa perkataan "buku" ialah kata nama konkrit yang dapat dilihat dan mempunyai ruang fizikal, jadi kata arah "di dalam" lebih sesuailah saya rasa. Contoh-contoh ayat adalah seperti berikut. Tolong saya tentukan ayat yang betul. 1. Terdapat banyak maklumat yang terkandung di dalam / dalam buku itu. 2. Di dalam Kamus Dewan, perkataan "beristirehat" tidak wujud. 3. Nik Safiah Karim berkata di dalam bukunya bahawa sesuatu ejaan kata pinjaman mengikut sistem sebutan bahasa Melayu, bukan mengikut sebutan asal kata pinjaman itu.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
    Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
    Tatabahasa20.08.2014
    Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

    Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

    Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

    Tatabahasa24.04.2013
    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih

             Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu.

     

    Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti alchemy, alcohol, dan algorithm. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

     

    Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa  istilah Melayu sudah kearaban.

     

     

    Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan.

    Lain-lain12.03.2013
    1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dikehendaki membuat analisis tentang pembentukan Kata Sendi Nama di dalam sebuah novel. Saya menghadapi satu kemusykilan: Kata Sendi Nama "di" -Contoh Ayat: "Kenapa susah sangat rasa seperti ini singgah dan bertapa lama (di dalam) untuk Nurul?" -Soalan: Adakah perkataan "di dalam" boleh diambil sebagai Kata Sendi Nama "di" dan "dalam"? Diharap pihak DBP dapat menjawab kemusykilan saya ini dengan segera. Terima kasih. NUR AMANINA SUHAIMISalam,

    Untuk makluman. Contoh ayat yang diberikan tidak tepat. Ayat yang lebih jelas: "Kenapa susah sangat rasa seperti ini singgah dan bertapa lama dalam hati Nurul?". Selain itu, dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya". Manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.
    Tatabahasa24.10.2015
    Tuan, frasa sendi nama yang manakah betul, "di dalam kamus" atau "dalam kamus"? Pada pendapat saya, "dalam kamus" lebih jitu kerana kita tidak dapat melihat sesuatu benda yang mempunyai bentuk yang tetap berada dalam kamus kerana benda itu merupakan tulisan yang bersifat abstrak. Apakah pandangan tuan? Sama juga dengan sama ada "di dalam buku" atau "dalam buku"? Contoh ayat: 1. Perkataan ini tidak wujud di dalam/dalam kamus. 2. Banyak tulisan lama terkandung di dalam/dalam buku itu. 3. Keterangan maksud yang ada di dalam/dalam kamus itu sungguh jelas. 4. Di dalam/dalam buku cerita itu, terdapat satu watak yang sangat saya sukai. Minta tuan jelaskan soalan ini.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
    Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
    Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
    Oleh itu, jawapan yang tepat bagi menjawab pertanyaan ialah dalam kamus dan
    dalam buku.
    Tatabahasa06.12.2014
    apakah perbezaan penggunaan perkataan 'kefahaman' dan 'pemahaman' serta 'penulisan' dan 'menulis'. yang manakah yang betul,? ujian kefahaman/pemahaman dan pertandingan menulis/penulisan cerpenPemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. Penulisan ialah perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; Menulis pula ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; Oleh itu, ayat yang betul ialah 1. ujian kefahaman. 2. pertandingan menulis cerpen.Lain-lain15.08.2010
    apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

    Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

    Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

    Istilah14.07.2009
    kepada tuan/puan, Persoalan tentang pembahagian golongan kata dalam bahasa Malaysia.. Dalam Bahasa Melayu biasanya golongan kata dibahagikan kepada 4 golongan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. tetapi dalam bahasa english golongan kata dibahagikan kepada 8 golongan iaitu, kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata adjektif, kata sendi nama, kata gabungan dan kata seru. selain itu terdapat bahasa-bahasa lain juga dibahagikan kepada lebih daripada 8 golongan. Persoalan saya ialah mengapa penggolongan kata dalam bahasa melayu dibahagikan kepada 4 golongan yang berdasarkan kriteria endosentrik(kata nama, kerja, adjektif) dan eksosentrik(kata tugas)?. bahasa-bahasa lain seperti dalam bahasa english dan bahasa korea, soalan endosentrik dan eksosentrik juga wujud tetapi mereka masih membahagikan golongan kata mengikut fungsi-fungsi tertentu berdasarkan faktor sintaksis. Disebabkan kata-kata tugas mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, dalam pengajian kita tidak seharusnya menganggapnya sebagai dalam satu golongan. tetapi dalam kebanyakan buku tatabahsa golongan kata terbahagi seperti ini. ini menyebabkan kewujudan satu pertanyaan dalam fikiran saya. Dengan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas balasan surat yang akan datang. sekian terima kasih have a nice day^^

    Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur ini yang dapat menjadi wakil bagi frasanya, manakala frasa eksosentrik ialah frasa yang tidak terdapa unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya, contoh frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim.

    Tatabahasa05.06.2009
    Saya masih keliru penggunaan perkataan-perkataan berikut: i) Perbezaan pengunaan perkataan "dalam" dengan "di dalam"; ii) Perbezaan "adalah" dengan "ialah"; Contoh, dia adalah bapa saya atau dia ialah bapa saya. iii) "Di" dengan "pada": Contoh, dicetak di borang atau dicetak pada borang.
    Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama.kata sendi nama di hadirdi hadapan tempat seperti di Kuala Lumpur, manakala kata sendi nama pada  berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat.
    Tatabahasa04.01.2013
    Salam, Kami di Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai masalah bagi menentukan penggunaan perkataan 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan'. Diharap pihak DBP dapat membantu kami dalam menyelsaikan masalah kami. Saya harap, pihak DBP memberi penerangan beserta contoh. Sekian dari saya... Harap membantu

    Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapa frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:

    1. Anak ialah anugerah Allah.

    2. Kursus ini adalah untuk...

    Maksud dan contoh kata "merupakan" :

    1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

    Tatabahasa13.11.2008
    saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

    Puan Aina,

    Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

    Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

    Tatabahasa06.10.2010

    Kembali ke atas