Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Peribahasa Melayu

Peribahasa

Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang.

Takrif

Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.

Takrif

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekudung limbat, sekudung lintah.

Takrif

Fikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Takrif

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pikir (fikir) itu pelita hati.

Takrif

Fikiran suluh kebenaran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Padi selumbung dimakan orang banyak.

Takrif

Fikiran isteri daripada seorang suami yang beristeri dua tiga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akal sebagai makan nasi lecek.

Takrif

Fikiran seperti anak-anak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dada manusia tidak dapat diselam.

Takrif

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran.

Takrif

Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Condong ditumpil, lemah dianduh.

Takrif

Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberat-berat kayu, terapung juga dalam air.

Takrif

Fikiran seseorang itu biar bagaimanapun teguhnya dapat juga dihasut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak berperut lipat.

Takrif

Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.

Takrif

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Takrif

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.

Takrif

Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila.

Takrif

Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.

Takrif

Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas