Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.wat] | ݢاوت

Definisi : berbahaya (bkn keadaan); genting, tegang: Ramai yg panik dlm situasi yg kian ~ itu. menggawatkan menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. kegawatan keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.wat] | ݢاوت

Definisi : berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gawat budaya gawat bahasaAbd. Razak Abu BakarPelita Bahasa1 May 1998
Gawat industri penerbitanHizairi OthmanMassa15 May 1999
Gawat Kehidupan Yang NazakMohd. Shamsuddin IbrahimVariasari1 March 1996
Musim-musim GawatIsharudin SahariDewan Siswa1 August 1998
Panduan berjimat ketika gawatMohd Riduwan WahabDewan Ekonomi1 September 2008
Masalah lalu lintas kian gawatN. Z. AbidinDewan Masyarakat1 November 1991

Kembali ke atas