Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.wat] | ݢاوت

Definisi : berbahaya (bkn keadaan); genting, tegang: Ramai yg panik dlm situasi yg kian ~ itu. menggawatkan menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. kegawatan keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.wat] | ݢاوت

Definisi : berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical areadaerah gawatPentadbiranTiadaTiada
parasympathetic nervous systemsistem saraf parasimpatetikPsikologiPsikologi UmumCabang daripada sistem saraf autonomik yang mengembalikan suasana gawat dalam badan individu yang dibangkitkan oleh sistem saraf simpatetik akibat tekanan atau kecemasan yang kembali menjadi tenang. Oleh itu, denyutan jantung kembali tenang, kadar pernafasan menjadi normal, tekanan darah menurun dan badan mula mengeluarkan peluh. Walaupun sistem saraf ini lambat tindakannya tetapi boleh berperanan sebagai penjana dan penyimpanan semula tenaga kepada individu. Kadangkala, tindakan saraf parasimpatetik ini jika melebihi hadnya boleh menyebabkan individu merasa pening atau pengsan setelah melihat kejadian yang menggerunkan atau mengejutkan.

Kembali ke atas