Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ya] | ݢاي

Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gaya, gaya bahasa, dan peribadiMohamad ShahidanPelita Bahasa1 June 1997
Gaya dan Gaya Bahasa CerpenSahlan Mohd. SamanDewan Sastera1 May 2000
Gaya verbal dan gaya nominalUmar JunusDewan Bahasa1 November 1982
Gaya bahasa negatif dalam dakwahMohd. Hashim OsmanDewan Bahasa1 May 2007
Gaya Pemelajaran Bahasa Arab KomunikasiNik Mohd. Rahimi Nik YusoffDewan Bahasa1 February 2000
Gaya hipotaksis dan parataksis dalam kerangka nahu fungsian-sistemikMohammad Fadzeli JaafarJurnal Bahasa1 December 2006
Gaya Bahasa dan Bunyi dalam SelokaNaapie MatDewan Sastera1 July 2003
Gaya Bahasa dalam Adat Istiadat Melayu PerakMohd. Kasim MahmudDewan Sastera1 December 2002
Gaya Bahasa "Aku Menemui Wajahku"S. Othman KelantanDewan Sastera1 December 2000
Gaya Bahasa "Dalam Kabus" Karya Anwar RidhwanMohd. Pauzi MahmudDewan Sastera1 December 2000
12345678910...

Kembali ke atas